Search This Blog

Followers

Thursday, August 19, 2010

nenek wook tak mau jadi janda lagi


HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.

Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.

“Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.

Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.

Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.

Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

sumber:kosmo

p/s: patut la nenek wook sanggup berkorban wang ringgit sebab dia tak nak jadi janda lagi..sabar la nenek...(nenek aku jadi janda bertahun sampai meningal ok je)

2 comments:

  1. sblm ni jadik janda bekali2 dia tak kisahlak yea, ni takmo jadik janda ke 23 dia kisah lak heheh mcm2

    ReplyDelete
  2. hahahaah...dulu dia muda tak kisah la sebab leh cari lain...kalu kali ni sapa yg nak kat dia lagi kalu dia mjanda..agaknya lah heeheheh

    ReplyDelete