Search This Blog

Followers

Sunday, November 29, 2009

pjalanan cinta ku....



ada apa la dgn cinta kan...
tapi manusia sanggup bhabisan utk mdapatkan cinta...
dulu aku pun mcm tu gak
sanggup bsengkangmata,berhabis duit loan ptptn hanya semata2 'CINTA'
then u look at me...???
apa yg aku ada?
hanya sebuah kekecewaan...
1thn beb aku lalok
aku dlm dunia aku sendiri
nasib waktu tu aku ada ramai kwn yg amat perihatin
kalu tak mau aku hanyut ke mana dah
3thn bcinta apa pun tak ada
heheheheh...
tapi bagus la pgalaman tu...
bagus utk pbesaran...
bila aku bosan2 aku tgk balik sejarah aku yg pernah aku lalui aku sendiri naik takut
mcm mana aku leh harungi semuanya
hehheheh....
tapi alhamdulilah selepas 1thn lebih aku bebas dr sebrg cinta
aku leh kukuh mbina kerjaya n kejayaan
aku bangkit dr kecewa dgn semangat bkobar2 even umur aku maybe agak tlmbt sedikit but i dont care...
even a lot negetif i get
i dont care
yg ptg aku nak gapai balik cita2 aku
i dont care 100000000000x korg tya aku bila aku nak kwin
smpai jodoh aku kwin la
bukan aku kacau n susahkan korg pun...
janji aku happy
family aku happy
that enouhgt for me
ada bf pun lum tentu aku happy
heheheheh(ayat org pujuk diri ni)
kebosanan yg mlampau pagi ni....
masuk keja dgn semangat bkobar2 tapi bila ada dekat depan pc
segalanya hancur,hampeh n mgecewakan
heheheheheh...
namun bgitu aku tetap pkeja cemerlang lagi bkilipan bila dlm kemalasan aku leh siapkan 7 fail utk ari ni
cukup bagus utk psekitaran yg agak sunyi n masih ada unsur2 raya lagi
tgh bosan2 aku layan lagi blog kesukaan aku(waroug-mesir)
entah knp la aku suka gila blod mamat hitam ni
bila baca blog dia aku leh gelak2,rasa terbang masalah aku..n naikkan semangat aku(time tak ada mood nak stdy la ni)
sekurg2nya hilang la rindu aku pada mamat mesir sekor tu
hahahahahah.....
unit aku duk kalut nak wat psikitaran hijau la pulak
aku wat bodo ja smbil mata terus mlekap kat pc
wat2 konon tak npak depa duk angakt2 pasu2 n mak bagai tu
heheheheh....
npak sgt aku ni tak msuk komuniti kan
aku bukan apa saja ja bagi yg tua wat keja
depa kan dah nak pencen...
aku ada byk ms lagi nak wat benda mrepek semua tu
hhahahaahahah.....
aku nak citer pasal raya sebenarnya ni tapi duk mrepek apa entah la
next post aku citer raya lak lah...
hehheheheheheheh

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidiladha...

selamat
selamat hari
selamat hari raya
selamat hari raya aidiladha....huhuhuhuh
nmpaknya tahun ni aku mgulangi sekali lagi sejarah dulu bila tidak dpt balik kpg utk raya kali ni
erm....agak pelik rasa kali ni
maybe sebab pagi tadi masuk opis suasana dah sunyi...
erm....rindu nak balik kpg gak...
apa kan daya
aku tak mampu kali ni
sabar la hati...
bln 12 nanti kita balik kpg lagi ya.....
all my frenz.....hati2 dia jalan raya ya.....

Tuesday, November 24, 2009

pening aku pening...


gaji baru ja dpt 2hari pas tapi aku stay miskin tegar gak...aduh apa la nasib aku bln ni...nak kata belanja sakan tak jua...apa nak jadi dgn aku ni....sedih tul la.
nak mkn pun jenih bjimat..tu la pengorbanan aku sbagai student.serba serbi jimat.kalu leh nak mkn apa yg ada ja.tapi nafsu aku ni besar gak kdg2 mai tak betulnya..sian gak kat adik aku yg nak kwin bln depan..
sory la adik...kak hg ni dah jadi pemiskin tegar dah...
nak support yg mahal2 mmg kes naya la
silap ari bulan ada yg tak leh daftar msuk sem baru
so...as sister yg slalu baik ati aku tlg gak la apa yg patut
walaupun pas aku tgk bank slip aku hanya tingal brp rm ja utk tgu gaji bln depan..
hhehehhehe....
sabtu pas aku kuar ke jln tar utk beli baju kenduri kwin adik aku
jenuh gak la pusing2 smpai berapa kali cari kain yg murah n cantik
akhirnya aku jumpa gak
dan aku amat ber puas ati
hehhheh...
utk mu adik aku rela tak mkn berhari
hahahahah...
so kwn2 doakan kwn korg sorg ni tabah utk terus mlangkah...
amin...


bestnya kalu aku kaya raya mcm donald trump..




byknya godaan yg tak dpt aku tahan2....

Monday, November 16, 2009

carilah tulang rusuk mu....

Carilah Rusukmu Yang HilangJangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman' . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali..

8 tips bahagia....

Untuk kebanyakan manusia, agak sukar untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan sekaligus. Ada orang bahagia sekalipun mungkin kehidupannya sederhana, dan ada orang berjaya dalam hidup dari sudut karier tapi tidak bahagia. Tetapi tak mustahil untuk dapatkan kedua-duanya sekali. Mungkin sedikit pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah untuk anda.

Tip 1: Mula kembali
Andai berusaha tetapi tidak berjaya, jangan berhenti di situ. Mula kembali. Kalau orang Barat cakap “When things are not going right or you get knocked down, bounce right back again.” Selidik punca kegagalan. Dan kemudiannya mulakan langkah baru. Lekuk yang berlaku kerana disebabkan air, bukan kerana setitik air yang meniti itu terus membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan berulang sehingga membentuk lekuk tersebut. Anda juga boleh!

Tip 2: Komitmen 100%
Bagaikan tidak ada rasanya dalam kisah kejayaan mereka yang berusaha dan berkomitmen 60% tetapi mendapat hasil 100%. Mustahil melainkan tuah yang Allah SWT berikan. Bermakna nak berjaya dan bahagia anda perlu setiap hari memberikan komitmen kepada misi dan visi hidup anda. Berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai apa yang anda inginkan. Bukan melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam. Tetapi buat betul-betul.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
Semestinya dalam karier dan kehidupan akan hadapi banyak sekali cabaran dan masalah. Tetapi kita kadang-kadang terkeliru adakah apa yang kita lakukan itu adalah jalan penyelesaian atau alasan yang akan memburukkan lagi keadaan tersebut. Orang yang dilanda masalah dengan negatif akan mencari alasan. Dan orang yang menghadapi masalah dengan positif akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin walau apa pun caranya.

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
Nak berjaya dalam karier memang kena banyak kenalan. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata pepatah Melayu “Berkawan biar seribu”. Tak kiralah apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Part-time atau profesional semuanya memerlukan ramai hubungan untuk berjaya. Begitulah juga jika ingin bahagia. Bina hubungan dengan orang lain sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari kehidupan orang lain untuk memperbaiki perhubungan dalam keluarga kita. Ataupun jika kita dilanda masalah kita mempunyai ramai sahabat untuk kita minta doakan kita agar berjaya dan bahagia.

Tip 5: Jaga diri anda
Paling penting sebelum kita jaga orang lain, jaga diri sendiri. Jaga diri anda melalui tiga cara: kesihatan anda, perhubungan anda dengan orang lain dan kerjaya anda. Hilang imbangan ketiga-tiga perkara ini akan memberikan anda tekanan-tekanan yang lain pula. Jangan lupa jaga DIRI ANDA! Apabila kesihatan terganggu anda akan tidak dapat melakukan kerja dan juga tidak dapat membina hubungan dengan orang lain. Begitulah apabila anda hilang kerjaya, sudah pasti tidak ada sesiapa yang ingin membina hubungan dengan anda.

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
Wah! Keluar dari kegelapan bermakna anda mencari cahaya bukan? Memang benar. Nak berjaya, nak bahagia jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama. Cubalah sesuatu yang baru, lebih kreatif dan dapat meransang diri untuk terus membina kejayaan diri, keluarga dan kerjaya.

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
Jadilah insan pemurah. Mereka yang pemurah akan diberkati Allah. Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kerana banyak membantu orang lain dan manusia pula akan terus mendoakannya agar berada dalam kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bayangkan bila semua orang doakan kita. Perasaan tenang dan bahagia mula hadir dalam diri kita.Menjadi insan pemurah bukan mengharapkan anda memberi derma beribu-ribu baru dianggap pemurah. Memadailah anda seorang yang suka membantu orang lain.

Tip 8: Cari di mana keseronokkan bekerja
Andai sudah hilang rasa seronok untuk bekerja sekarang, jangan terus dalam keadaan demikian. Pastikan apa yang anda perlukan untuk mengembalikan susasana keseronokkan tersebut. Jika anda memerlukan cabaran yang baru, suasana baru dan rakan kerja yang baru tiada salahnya jika itu semua menuntut anda untuk berhijrah ke tempat kerja yang baru.

Thursday, November 5, 2009

xm final yg amat memenatkan...

salam...
lamanya aku tak update blog aku ni...bukan apa...hambatan masa buat aku tul2 tlupa yg aku ada blog wakaakakak...

skrg aku tgh berjuang utk mluluskan diri utk paper xm aku yg tinggal lagi 2 ni...

agak stress la skrg di tmbh dgn timbunan keja yg mkin byk n tanggungan keja kwn yg bersalin..
aku tul2 penat sebenarnya.tak sabar nak abis kan semua ni cepat2

tapi semua ni wat aku jadi btmbah sabar dgn dugaan
dah mcm org yg matang la pulak heheheh

so mlm ni aku akan balik kl lagi...harap aku sempat abiskan study aku n sempat wat soalan pas year.....

letih sebenarnya study smbil keja ni nasib lum kwin tapi kalu org lain leh wat knp tidak aku kan
org lain siap ada anak ramai lagi...leh ja bjaya gak...
so semua alasan aku bagi tu tak leh guna pakai la

bila aku hampir putus asa dlm mcari ilmu ni aku akan mbaca blog2 budak2 msia yg study kat oversea..paling aku suka budak mesir..npak sungguh sempurna n alim....

erm....korg yg baca blog aku ni doa la kat aku byk2 k....lulus dgn cermelangnya kali ni...sesungguhnya aku teramat teringin nak study over sea lak pas ni
(bila lak la aku nak kwin ni asyik study ja)

tapi dlm aku duk risau ni sempat lagi jenguk2 facebook wakakakaak

ok lah utk kali ni kan pjg lak post aku ni heheheh