Search This Blog

Followers

Showing posts with label travel: Langkawi. Show all posts
Showing posts with label travel: Langkawi. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Travel 2013: Langkawi (part4)





style sama ja bila posing....errr


anggun,gaya, cool...trademark hayati


selepas keluar dari pusat kraftangan langkawi kami  mencari tempat untuk bsolat
buat solat jamak ja.
so selepas solat dan rehat2 di surau harbor park kejap...panas!
tp sbb waktu itu emas kan so xdpt lah nak bgolek sakan sgt kat dalam surau tu.
pusing kejap sekitar harbor park.
hayati kata harbor park ni kalu kita ambik pic mcm duk kat obesi jeks....dia kata lah
tp sbb muka aku dah bminyak sakan....aku tak rasa pic aku mcm duk kat obesi pong....:-p
kat harbor park ni byk lah kapal2 dari luar negara duk park kat sini....
rasa aku mmg xleh masuk pun.lesh usha je lah.
lepas ambik pic seadanya, kami terus gerak....
masa dah lebih kurg kul5 lebih
misi seterusnya kami akan ke pasar malam padang mat sirat.
untuk pergetahuan semua di langkawi setiap hari terdapat pasar malam cuma lokasinya yang berbeza.
so kalu korg datang sila lah terjah ke pasar malam maybe dapat pengalaman yg berbeza sikit.
sbb aku dgr pasar malam di sini terdapat juadah yg agak pelik2 sikit...

bila kami sampai di padang mat sirat jalan raya dah mula sesat.
kiri kanan jalan penuh dgn keta yg diparking oleh pengujung.
bertambah sesat jalan sbb bhadapan dgn pasar malam ada sebuah sekolah.
di sebabkan tak ada parking kami terpaksa park keta dalam kawasan sekolah.
bayaran parking hanya RM1 saja utk skali masuk.

dari jauh aku lihat kawasan pasar malam tidaklah terlalu besar.
pasar malam yg terbesar di langkawi adalah di pekan kuah sebenarnya.
bila dah pusing2 dalam pasar malam tu aku dapati tak banyak sangat peniaga yang mjual.maybe awal lagi kot....ye ke?
sedikit kecewa sebab kerabu kaki ayam turut tidak dijual.....*ngis lagi*
dalam pusing2 kat pasal malam tu terserempatlah dgn budak bacth aku masa masuk keja....alahai keciknya dunia ni...heheheheh...
sebab pasar malam ni tak byk sgt pniaga kami tak ambik masa yang lama kat sini.
aku sempat mrembat pulut ayam,takoyo (sejenis apam balik jenis kecik kot) dan 2helai cardigan...
 




ada rupa duk kat obesi ke? cittt...










tokiyoo.....inilah dia


pasar malam padang mat sirat


dengan muka berminyak tahap gaban, badan melekit tak tau nak habaq lagu mana dah, kami teruskan plan kami untuk tgk matahari terbenam kat pantai cenang.
sebenarnya masa ni lagi skali aku wat perangai sbb ketidakselesaan itu aku nak balik rumah je terus then malam baru kuar balik. tp sebab hayati dah mcm sedih ja.lagi pun dia dah janji dgn ex opismate dia utk jumpa kat pantai cenang petang tu so aku buang lah sikat mengada2 aku tu.
sapa kata aku tak mengada? hanya hayati yg kenal sapa aku....kekekeke
thank ya hayati sbb bsabar byk utk trip kali ni....

sampai di pantai cenang masih awal...matahari pun masih lum condong....
lagi skali aku jumpa kwn aku yg td....borak panjang lah...
masa borak panjang tu tak lak aku nampak bini dia....tp xpalah sbb aku dah salam dgn bini dia kat pasar malam tadi...
ramai2 duk mlepak kat pantai sbb masa ni kwn hayati pun dah sampai...meriah lak rasa...
dan bagi aku mlihat matahari terbenam kat pantai cenang adalah super osem!






















kami akhirnya aktiviti hari ni dengan makan malam dengan kawan hayati sbelum bgerak balik ke rumah.
sampai ja kat rumah kak su aku terus mandi dan tidur.
sampai tuan rumah balik pun dah tak sedar apa dah.....penat tp seronok!
apa yang pasti aku rasa ni lah trip paling padat dan paling banyak tempat yg di kunjungi dalam sehari....
so tinggal esok saja utk kami shopping.....
tungguuu....next entry

Thursday, May 23, 2013

Travel 2013: Langkawi (Part 3)

pakej mangrove di kilim
  pujuk hati utk terus rajinkan diri menaip kat blog yg semakin terabai....hahahhaah
aku bukan bloger tegar....bila serabut dgn keja dan study mula mood ke laut...ok jom smbg pasal langkawi lg...
pas makan kat sup conner kat pekan kuah kami terus ke kilim dgn harapan mengunung tinggi nak pi mangrove. aku awal2 lagi dah pesan jat hayati tak nak pi island hoping sbb pernah buat sbelum.
so kami pilih nak ke mangrove sbb aku tak pernah join. last time aku dtg langkawi mangrove ni murah dan island hoping yg mahal. tp skrg ni aku tgk pakej utk island hoping semurah rm25 saja.
bila kami sampai ke kilim ni, dah ptg around kul2.30 dah. cuaca mmg terik. lepas tanya kat kaunter pasal mangrove,sgt dukacita sgt sbb bot semua dah abis....uwawawwa....
mood mredum jatuh bkecai....apa leh buat kan....
kami lepak kejap kat kilim snap skeping dua pic sbelum betolak kuar dari kilim sambil air mata bgelinangan 
hhahahahaha...

ni lah tempat utk yg join mangrove





makcik ni senyum je even hati bagai kaca terhempas heheehh




jalan utk ke hotel private sperti 4season hotel


lupa nama pantai ni tp meriah dgn aktiviti
 kami ronda2 sekitar hotel private kat langkawi, leh lalu je lah depan 4season hotel tu...
masuk mmg tak lah....almaklum lah gaji kecik...saja usha2 kawasan saja....mana tau satu hari nanti ada rezeki lebih kan... who know....
jumpa pantai apa entah lepak kejap tepi pantai sambil tgk diorg main....
aku lepak dlm keta saja sbb panas gilos.....
sian hayati kena ikut peel aku yg entah apa2 ni.....tp bkn nak mengada cuma seyes panas sgt....
last-last kami drive kereta ke pantai pasir hitam.
tp kali ni au turun lah....agak mlampau lah kan semua ko nak duk dlm keta saja. 
as usually pantai pasir hitam ni pun terdapat org menjual brg2 mcm tshirt,skirt,baju bajan dan tak tinggal hasil laut mcm sotong,ikan bilis dan belasan. harga pun agak ok jugak even aku tak beli pun.
yg best kat sini ada org jual air kelapa.....nyaman....heheheh
pantai pasir hitam ni sebenarnya ada sejarah atau mitos bagaimana mendapat nama....
kalu korg rajin korg leh baca kat signboard yg ada mceritakan kisahnya.
bagi aku pantainya best 
pemandangan pun lawa...aku suka tgk bot2 kat tepi pantai tu.....klasik

mlalui kedai2 pelbagai jualan di pantai pasir hitam









pantai pasir hitam























selepas menjemurkan diri kat pantai pasir hitam,kami mula mencari tempat yg sejuk sikit....
so pilihan kami adalah pusat kraftangan langkawi. selain sejuk tempat ni jugak free dari sebarang bayaran...
ok kan?heheheheh
kat pusat kraftangan ni korg leh la usha mcm2 hasil kraf
tak jauh berbeza dr pusat kraf kat kl tu
di belakang pusat kraf ni terdapat muzium2
aku mtk maaf sbb aku tak ingat muzium apa yg ada.....seyes lupa sbb lama sgt....
ampun...
kami agak lama di sini....pusing dan pusing
baca dan belek semua benda....
tempat ni agak menarik jugak utk korg kunjungi kalu ada byk masa
tak kan nak dtg langkawi shoping ja kan....
:-)
pusat kraf langkawi

antara brg jualan

pearl pun ada jual tp mcm mahal sikit je compare sabah

batik blouse byk kat sini


hayati muka seyes memilih tp last2 tak beli pun...cit









korg pcaya tak ni mesin tebu zaman dulu???pcaya lah







tinggal jejak

no camera! tp aku redah saja hahahahah