Search This Blog

Followers

Wednesday, August 18, 2010

lafaz cerai di hotel>?


GOMBAK – Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang.

“Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.

Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.


p/s:tak tau den nak komen apa pasal diorg ni.dunia oh dunia...:-)


6 comments:

  1. roslin oh roslin..mcm2 dia ni kan.ske bagi kejutan ..dia ingat dia men pondok2 hape..

    ReplyDelete
  2. hahahah....main pondok2 la kot.tak matang lagi ke dia ni yek?sian semua bini2 dia

    ReplyDelete
  3. ade jugak org mcm nie....dunia..dunia

    ReplyDelete
  4. ada la roslin sorg je kat dunia ni hahaha...dunia oh dunia

    ReplyDelete
  5. bkn masalah si roslin jerk ni..yg si raja azmi ni pun ape cerita..suka cari publisiti murahan..!

    ReplyDelete
  6. raja azmi tu knp suka duk dampingi roslin?pelik je saya....:-)

    ReplyDelete