nampaknya rezeki cik bihah makin melimpah ruah...
baru bulan lepas dia baru adakan giveaway,bulan ni dia adakan lagi..
wah...best2...saya suka.
sebab saya dah pernah join giveaaway yang lepas
kali ni saya dgn happynya nak masuk lagi
ok kwn2 kalu nak join sila klik SINI
Dulu sebelum saya bergelar student semula,cuti2 malaysia adalah hobby saya
tapi sejak dah jadi student balik dan poket seluar makin rabak tiap bulan terpaksa lah saya buat cuti2 malaysia ala2 destinasi baget je (heheehh)
apa2 pun plan paling terdekat saya akan ke cameron pas raya ni
tujuan?utk rehatkan minda
nak gi jauh2 oversea rasa macam tak mampu lak
plan jauh sikit lepasi sepadan malaysia ke bandung insyallah awal tahun depan(eh kata student poket rabak?)
wah...pjg pulak mukadimah kali ni
ok lah nak citer pasal cuti2 malaysia yg paling saya ingati
lokasi:langkawi
tarikh:2tahun lepas
knp saya paling ingati lokasi cuti2 malaysia yang ini kerana inilah kali pertama saya menaiki flight (wah gila jakun dan sila gelakkan saya)
muka gila teruja masa ni
terujuanya masa hanya ALLAH yang tahu.
tapi penerbangan yang sepatutnya bertolak pada pukul8.30 tergendala selama 45minit
akibat cuaca buruk.
masa di dalam flight tu byk kali jugak lah kapal terbang tu bergegar.
nasib saya cool je ahaks
sebab bertolak malam kami sampai di pulau langkawi agak lewat dari sepatutnya
nasib la hotel dan kereta sewa dah booking dari awal
so tak ada masalahnya dari lapangan terbang :-)
1st day
pagi2 lepas bangun dari tidur kami bertolak ke langkawi geopark.
kat langkawi geopark kita leh naik cable car ala2 mcm kat genting tu...
tapi rasa gayatnya mmg buat lutut den ni mgigil sakan
walaupun den ni suka tempat tinggi tapi den mmg takut sgt masa naik cable car tu
tetapi mmg berbaloi lah sebab bila sampai kat atas mmg pemandangan dia sgt2 lah cantik
leh lihat keseluruhan pulau langkawi..
mmg rugilah kalu sapa2 dtg langkawi tapi tak naik cable car
pandanga dar atas cable car
lepas mengayatkan diri kat atas gunung paling tertinggi kat langkawi tu kami turun ke pekan kuah.acara shopping pun bermula lah.tapi mood shopping saya lum sampai lagi sebab hujan agak lebat petang tu so saya lepak kat bilik sambil berjalan2 dia sekitar hotel.
seperti yang korg tau pulau langkawi mmg terkenal dgn kawasan bebas cukai.
kalu nak beli pinggan mangkuk ke coklat ke perfume ke inilah tempatnya
wah....masa tu brp kali lah jugak saya ke mesin atm nak ambik duit.
(lain kali korg pergi pastikan duit berlambak dlm bank ya)
takut kempunan tgk perfuma wangi2 harga runtuh tapi gigit jari je macam saya
pantai kat belakang bilik saya
2nd day
hari ke dua kami semua sepakat nak sewa bot utk ke pulau2 kecil di sekitar pulau langkawi.
dan semestilah tasik dayang bunting tidak ketinggalan utk di lawati.
bagi saya tasik dayang bunting ada keistimewaan tersendiri.
mdamaikan hati serta pemandangan yang sgt2 cantik
tapi saya takut dgn monyet yang sgt2 lah nakal kat situ
adeh...ada brg kwn saya dilarikan oleh monyet kat situ
nasib dapat balik...heheheh
dan paling bestnya kat tasik dayang bunting korg leh wat terapi kaki dgn ikan haruan
seperti gambar saya kat atas ni.tapi saya geli heheheh..
so korg tak payah bayar mahal2 kat mana2 spa utk terapi ikan ni.free je kat sini
mungkin ramai yang tak tahu,kat tasik dayang bunting jugak di sediakan aktiviti seperti air seperti berkayak or main2 benda alah mcm gambar kat atas ni.best tau...
tapi utk yang teringin menimbang cahaya mata leh la minun air tasik tu.
di percayai berkhasita utk mempercepatkan proses mdapatkan anak
tapi masa saya sampai kat sini,abg yg bwk kitaorg pesan jgn minu air tasik ni sebab takut kitaorg balik umah kita org lak yang mengandung...naya beb...sengal la abg tu
rombongan kami jugak sempat singgah di beras basah..
pantai dia sangat lah cantik.
sapa yang nak hitamkan kulit leh la berjemur kat sini
saya yang tak nak hitam pun jadi hitam..alahai...sunburn wei
dgn obor2
sebelum kami balik ke tanah besar pulau langkawi sempat la abg bot tu bawak kami tgk helang cari makan.sangat best sebab bertapa lajunya helang tu myambar ikan.
mata dia pakai kanta mata apa lah yek sampai ikan dalam air pun leh nampak
helang cari makanan
selepas aktiviti pusing pulau2 kecil ni kami lebih banyak lakukan aktiviti2 sempoi
mcm shoping dan terus shopping
heheheh...
tapi saya sorg yang sgt sygkan sejarah sempat lah curi masa ke makam mahsuri walaupun byk kali sesat jalan
serius saya mmg sengal baca signboard jalan ni heheehh
kat makam mahsuri
kalu dulu masa zaman saya kecik2 datang dgn ayah n mak masuk makam maksuri free je tapi skrg dah kena bayar la pulak
tapi agak berbaloi lah sebab diorg dah naik tarafkan bangunan kat situ,
lawa kan mahsuri tu.muka mmg melayu gila..(den pun melayu jugak tapi byk campur dah2)
depan kedai gamat
langkawi jugak terkenal dgn gamatkan.so sapa gi langkawi silalah beli gamat byk2
pastu jual kat opis.sangat untung ok.
heheehh...
sempat jugak saya singgah kat beras terbakar untuk bershopping selain kat pekan kuah.
kat beras terbakar lebih banyak pilihan seperti kain batik,kain pelekat dan pakaian.
tapi agak panas lah...wah...saya agak tak tahan masa itu.
berapa kali saya order air.
kat lapangan helang ni adalah lokasi paling WAJIB kot sebagai bukti korg dah sampai kat langkawi.so dlm panas mbahang saya dan kawan bergambar dgn baget comel habis depan patung helang ni sebagai bukti utk di tunjukkan pada kwn2 kat opis.
heheheh...tapi masa ni muka saya dah mmg sunburn habis dah
uwawawaw....
tgk bertapa banyaknya beg saya masa nak balik dari langkawi.
pesanan saya masa nak ke langkawi tu tak perlu lah korg bwk brg byk2 mak bagai semua
bawak yg patut je.nanti sampai sana lagi byk brg korg beli.
dan pastikan kewangan korg masih lagi kukuh selepas balik tu eheheh..
di khuatiri korg terpaksa makan megi sampai gaji masuk.
apa2 pun langkawi memang tempat yang agak best utk di lawati kerana murah dan best utk bershoping :-)
No comments:
Post a Comment