Search This Blog

Followers

Sunday, July 4, 2010

visit my hometown taiping part 3

ok2...cukup la tu alawiah oi hg merepek masuk giveway dgn harapan mgunung tinggi dpt hadiah smpai tak buat ksmbungan visit my hometome taiping part3 lak...
heheheheh....sory la kwn2...aku skrg terleka utk join GA yg best2 lak kebelakangan ni
lagi pun saja ja bagi korg tertunggu2 sikit post seterusnya kan...
sy yg lum baca post seblum ni leh la klik kat sini part1 dan part 2
k lah selepas bjln sakan kat bukit larut n lawatan smbil belajar kat muzium sy nak bwk korg ke zoo taiping lak...heheheheh....almaklum lah filem ZOO tgh di tyakan ...



Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.

Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi.

mmg best zoo ni kwn...(promote ni),tp masa aku kecik2 lu bayaran masuk murah sikit berbanding skrg
maybe factor haiwan yg makin bertambah kot...apa2 pun berbaloi lah utk di kunjungi korg seisi keluarga....


bergambar di hadapan zoo....(baget abis cun la tu)



di simpang jalan masuk zoo...



harimau...auw...hehhhehe

No comments:

Post a Comment