Search This Blog

Followers

Tuesday, September 28, 2010

kasihnya sorg ayah...


berlari2 aku ke tempat parking keta pagi ni
yolah...aku dah lewat nak gi opis
slalu 7.15 aku dah gerak..
ni br nak turun lift
nak panas enjin keta mak bagai lagi
tp bukan kisah aku lewat gi keja yang aku nak bising2 kat sini
kisahnya'KASIH SORG AYAH'
masa aku tgh panas enjin keta,sambil buka radio suria fm
aku buang pandangan aku keluar dr cermin depan keta aku
sambil2 usha org lalu lalang kat sini
leh jugak kenal2 penduduk area umah aku ni
heheheheeh...(tak leh cuci mata pun sebab 90%dah bkeluarga)
pandangan aku terhenti pada sorg ayah yang sedang dukung anak perempuannya yg sedang tidur masuk ke keta.maybe nak hantar ke taska kot.
tak pulak aku nampak isteri lelaki tu.
aku terus melihat adegan itu sehingga lelaki tu beredar
hurm...apa yang bermain di fikiran ku?
ya...kudusnya kasih sorg ayah pada zuriatnya
sanggup bersusah payah mjaga,manjakan dan mberi belaian tanpa mgira masa
dan tanpa minta di balas
salalunya kita slalu melihat kasih sorg ibu yang selalu di sanjung2(insyallah aku pun akan bgelar ibu jugak 1 hari nanti)
tapi agak jarang kita myanjung kasih sorg ayah
slalu org label ayah sorg yang garang,tegas,panas baran dan sebagainya
berbeza dgn kasih ibu yg sanggup mlayan setiap keranah kita.
tapi jgnlah kita membezakan kasih mereka
sesungguhnya kasih mereka pada kita tetap sama tingginya dan tiada bezanya
*************************
alkisahnya selepas melihat adegan itu,fikiran aku terus teringat ayah aku di kpg
abah aku sgt garang masa mudanya
seingat aku sampai form3 aku masih kena libas dgn tali pinggang abah kalu ada yang tak kena
masih lagi ayah aku guna rotan kalu aku buas sgt
maybe masa kecik2 lu lepas kena rotan or libas dgn tali pinggang aku sedikit berdendam dgn abah.cakap abah tak sayang aku.abah benci aku.abah beza2 kan anak.
tapi bila aku dah besar dan matang,aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kat abah krn mrotan aku dulu.tanpa rotan dan tali pinggang tu maybe aku tak abis belajar,maybe jadi minah rempit mrempat tepi2 jalan,atau jadi manusia yang sgt2 hampeh.
walaupun aku tak dpt nak mjawat jawatan yg leh buat abah tersenyum bangga tp aku mampu buat hati abah senang tiap kali tgk aku.aku pandai jaga diri bila jauh dr abah.
aku tak suka susahkan ati abah.aku tau apa yang boleh dan tak boleh buat.
alhamdulilah...6thn aku di kota monopolitan ni aku masih lagi seperti dulu...~gadis kampung
*******************************
aku teringat kasih abah pada ku teruji byk kali
masa aku form2 aku tak boleh berjalan
hanya terlantar di katil
masa tu kaki aku tak boleh di sentuh langsung,pasti aku mjerit kesakitan
seksanya aku masa tu
abah dah gelabah~risau anaknya kena samput or terpijak benda2 tak elok
2hari berubat kpg masih tak elok jugak
masuk hari ke 3 abah dukung aku
masuk keta,terus ke klinik
barulah tau aku mgidap penyakit gout dan buah pinggang
skali lagi aku lihat muka abah gelabah~buah pingang?gout?punca?
alhamduliah berkat aku yang rajin makan ubat aku telah bebas dr penyakit ni~muka abah lega
tapi tiap kali aku nak makan makanan yg sepatutnya aku pantang
abah pasti ingatkan~oh...abah tak pernah lupa aku pernah sakit~sygnya abah kat aku~terharu
*********************************
makin aku membesar aku makin buas
form 4 aku terlibat dgn kemalangan jalan raya
muka aku abis luka teruk
tulang pipi aku retak
kepala aku kena xray 2kali sebab doctor tak dpt nak cari gegaran
masa tu kalu sapa tgk aku masti ingat aku akan mengalami gangguan otak
sebab 80% kecederaan yang aku alami adalah bahagian muka
muka abah skali lagi gelabah~doanya anak dia yang baus ni selamat~aku?
kalu korg tgk elok2 muka aku korg akan dpti pipi muka aku tak balance
itu lah kesannya
tp kalu skali imbas mmg korg tak npak lah
2minggu aku lepak kat umah je nak bagi luka kering
abah?hanya diam je,abis2 pun dia membebel je
aku?maafkan aku abah susahkan abah lagi
*********************
aku jarang demam
dlm hidup aku sgt2 susah nak demam
tp skali aku demam mmg teruk tahap petala langit ke7 punya
satu hari aku demam kat uitm(masa tu aku study kat uitm sg.petani)
aku call mak bagi tau.
mak dah risau~aku ckp aku ok lagi
lepas 1jam mak call balik cakap abah nak dtg uitm malam tu jugak!!!!!
nak ambik aku wat balik~aku?
maafkan aku abah susahkan abah,wat abah risau lagi(abah tak dtg lepas aku yakinkan abah aku leh handle)
***********************

sapa cakap seorg lelaki itu tak ada perasan sayang n kasih pada anaknya
cuma maybe caranya tak sama dgn mak kita
maybe caranya kasar
maybe egonya tinggi
maybe dia tak tau nak ucapkan bertapa dia sgt2 sayang kat kita
tapi korg percayalah jauh dari sudut ati dia sgt2 sayang kita anaknya
:-)

p/s: abah aku tak hsem mcm abah org lain,abah aku tak belajar tinggi mcm abah org lain,dan abah aku jugak kuat membebel tp walau apa2 pun,walau bagaimana pun abah aku,dia lah hero di hati ku..~abah cek syg abah sgt2...:-)

1 comment:

  1. oh saya tak terangkan pasal gout yg saya sakit tu adalah bukan saya tak sihat tp dr kata maybe dari keturunan...sebab slalunya org tua yang kena kesan dr permakanan dan malas senaman heheheeh

    ReplyDelete