Search This Blog

Followers

Tuesday, August 24, 2010

yuna semakin ayu



hahahah....act sebenarnya saya adalah peminat yuna
semua lagu yuna saya suka
saya ada dan saya dengar
tapi sejak akhir2 ni
muka yuna nampak makin ayu la
makin cun...
apakah rahsianya?
heheheh....(saya cuba pakai tudung versi yuna tp hampeh)
yuna skrg berulang alik london-kl
utk album terbaru
Kita nantikan saja Album Yuna ‘DECORATE’ yang telah berada dipasaran.
tak sabarnya...:-)

Awas Jualan Murah


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.
“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.
“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.
“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

p/s: so kwn2 yang tgh ligat shopping raya tu hati2 ya.jgn sampai tertipu k

Monday, August 23, 2010

ada apa dgn raya kali ni?


otak rasa penuh dgn pelbagai aktiviti


ada apa dgn raya kali ni?
sebenarnya sampai arini saya belum buat apa2 persiapan raya pun
seriusly apa pun tak ada lagi
baju?kasut?tudung?or anything for raya im not prepare yet
fokus saya adalah AHAD ni
lepas je ari ahad ni insyallah baru lah nak pikir apa yang dibeli
apa yang nak di bwk balik ke kpg.
selagi belum lepas ahad ni saya rasa sangat serabut
dgn keja makin menimbun(owh pls keja mmg slalu dengki dgn saya)
ada apa dgn ahad ni?
hehehehe....sebenarnya saya ada 4 test utk 4 subject
dari kul8.30~6.30
keluar kelas masuk kelas semata2 nak ambik test
di tambah assigment lum siap2
adeh...bukan nak salahkan bulan ramadan yang mulia ni
tapi kalu pas berbuka tu nak study mmg rasa amat2 lah seksa jiwa
dan selalunya berakhir dgn dengkuran di meja study (hehehehe)
keserabutan saya membuatkan saya tak ada mood nak join contest
hahahahah...
padam muka saya kan
hari ni pun saya angkut buku2 sekolah saya bwk mai opis
kalu ada masa leh la saya study sikit2
(mampukah aku?)
so ada apa dgn raya tahun ni?
jawapan saya........?entah lah....:-(

p/s:kereta pun lum pi hantar servis lagi ni...adeh minggu ni bz kat uitm s.alam pulak...masa oh masa...:-(

alamak...babi jenis berbulu la pulak!



Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria











JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia.
Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..


P/S:tercemar blog den pagi ni dgn pic babi ni heheheheh

Sunday, August 22, 2010

pizza hut hot online(beli 1 percuma 1)




wah....tawaran best ni
skrg kita dah leh order melalui online
dan dpt lagi satu percuma
ayok kita order utk berbuka petang ni
heheheheh

luahan hati jalani &roslin


Isteri saya hanya mampu menangis sepanjang satu malam berada di lokap,” ujar Jalani Sidek, suami Raja Azmi Raja Sulaiman ketika menceritakan mengenai pengalaman tragis isterinya yang terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Bukit Indah pada malam Jumaat lepas.

Berkongsi cerita tentang perasaannya ketika mula-mula mendapat tahu isterinya itu ditahan polis pada Khamis, 19 Ogos lalu di lokap balai polis tersebut, Jalani mengakui dia sememangnya terkejut besar.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas Raja Azmi dan Roslin Hashim dengan ditemani seorang rakan baik keluarga Jalani, Kamilzaman Jamil pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang, Selangor bagi membuat laporan polis berhubung isu dakwaan Raja Azmi dan Roslin difitnah oleh bekas isteri Roslin, Nurhayati Othman.

Nurhayati sebelum itu membuat pernyataan mahkamah mendakwa Roslin dan Raja Azmi berdua-duaan di bilik bernombor 533 di Hotel Corus, Ampang pada 7 Ogos lalu.

“Pada pukul 5 petang Khamis itu, dia memberitahu saya dia akan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah, tapi masa itu saya tidak diberitahu dia akan dipenjarakan. Tapi pada pukul 7 malam, dia menelefon saya memberitahu dia akan dipenjarakan di balai polis tersebut,” ceritanya kepada Kosmo!.

Jalani sempat menenangkan Raja Azmi dan memberitahu dia akan mengikat jamin isterinya itu untuk keluar dari lokap tersebut.

“Namun, isteri saya bukan sahaja gagal diikat jamin, tetapi saya sendiri tidak berpeluang bertemu dengannya sehinggalah pada pagi keesokan harinya semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” tegasnya lagi.

Meluahkan kekesalannya kerana isterinya itu difitnah sebagai punca perceraian Roslin dan Nurhayati, Jalani lantas menggesa agar Roslin membersihkan nama isterinya itu.

Nurhayati berubah selepas kahwin

Jalani dan Roslin. Dua lelaki ini mempunyai hubungan yang rapat dengan diri Raja Azmi - suatu nama tersohor dalam dunia perfileman yang cukup sinonim dengan kontroversi. Seorang merupakan suami dan seorang lagi sudah dianggapnya sebagai adik kandung.

Kedua-dua Jalani dan Roslin mempunyai persamaan. Jalani merupakan bekas jaguh badminton negara sementara Roslin pula dikenali sebagai jaguh badminton negara. Namun, ramai yang tidak memahami hubungan keakraban antara ketiga-tiga mereka, khususnya antara Raja Azmi dan Roslin.

Roslin dalam pengakuannya kepada Kosmo! menegaskan dia sendiri agak terkilan apabila Raja Azmi yang dianggap sebagai ahli keluarganya itu difitnah mempunyai hubungan sulit dengan dirinya, sekali gus dituduh sebagai punca perceraiannya dengan Nurhayati.

“Impak daripada pernyataan mahkamah Nurhayati, reputasi saya dan Kak Mi di mata umum sudah tercalar dan ke mana-mana kami pergi, pastinya mereka tertanya-tanya betul ke Kak Mi dan saya buat hubungan sulit,” tutur Roslin yang memanggil Raja Azmi dengan panggilan Kak Mi dan Jalani dengan nama ringkas, Abang Jack.

Tambahnya: “Saya dengan Kak Mi tidak ada hubungan sulit. Kami rapat sebagai ahli keluarga. Sebelum saya mengahwini Nurhayati pada 9 Julai tahun ini, dia juga sudah mengetahui betapa saya dan Kak Mi akrab.”

Menurutnya, Raja Azmi yang memperkenalkan dirinya dengan Nurhayati pada Januari tahun ini. “Justeru dalam tempoh perkenalan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Nurhayati, dia telah melihat bagaimana hubungan keakraban saya dengan Kak Mi. Ketika itu dia kelihatan boleh menerimanya dengan hati terbuka.

“Namun, yang saya pelik beberapa hari selepas berkahwin, Nurhayati mula menunjukkan perasaan cemburunya terhadap saya dan Kak Mi, padahal sebelum kami berkahwin, dia pun sangat rapat dengan Kak Mi,” luahnya.

“Apa yang saya sangat kesalkan sehingga sanggup menceraikannya ialah apabila dia seolah-olah mengintip pergerakan saya dan Kak Mi.

“Kalau tidak mana dia tahu kami pergi menunggang kuda dan makan durian di Kem Isi Rimba di Kemensah, Hulu Klang sebelum saya menemani Kak Mi untuk membuat check-in di Hotel Corus, di Ampang sebagai lokasi pertemuan seorang rakan Abang Jack daripada Johor yang akan berjumpa kami semua di situ,” jelasnya.

Menurutnya lagi: “Sedangkan saya ada beritahu dia pada kira-kira pukul 3.30 petang, saya akan menemani Kak Mi untuk perasmian Kelab Kuda di Kem Isi Rimba kerana sepatutnya Abang Jack dan Misbun merasmikan acara tersebut tetapi disebabkan kedua-duanya tidak berkesempatan hadir, justeru kami berdua menggantikan mereka.

“Selepas itu pada pukul 7 malam saya menemani Kak Mi ke Hotel Corus dan hanya Kak Mi yang masuk ke hotel itu tapi saya menunggu Abang Jack dan rakannya itu yang dijadualkan bakal tiba di situ sejam kemudian, di luar hotel itu.”

Ungkapnya lagi: “Sehinggalah apabila saya mendapat panggilan Abang Jack mengatakan dia menerima panggilan telefon daripada Nurhayati dan keluarganya yang mengajak Abang Jack kononnya untuk ‘menangkap’ saya berdua-duaan dengan Kak Mi di bilik hotel tersebut. Sedangkan ketika mereka semua masuk ke bilik itu, saya sememangnya berada di luar hotel tersebut dan hanya menemui mereka selepas itu.

“Apabila saya mendapat tahu Nurhayati mengetahui dengan terperinci segala kegiatan saya pada hari tersebut, saya berasa sangat marah kerana bagi saya dia tidak lagi percayakan saya dan sanggup membuat intipan, sehingga membuatkan saya terus menyebut perkataan cerai.”

Mengulas mengenai pernikahannya dengan Nurhayati yang hanya kekal selama 28 hari dan isterinya sebelum ini, Faizah Mohamad pada tahun lalu yang bertahan selama 12 hari, Roslin berkata: “Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai dalam tempoh yang singkat banyak kali. Tapi saya menerimanya sebagai takdir dan percaya ada hikmah di sebaliknya.”

Justeru, adakah Roslin sudah serik berkahwin dan bagaimana pula hubungan dia dengan Raja Azmi dan Jalani?

“Kalau ditakdirkan ada jodoh, saya akan menerimanya. Hubungan saya dengan Kak Mi dan Abang Jack juga tidak berubah, malah jika sebelum ini saya tinggal bersama Nurhayati di sebuah kondo di Wangsa Maju, kini saya kembali tinggal bersama mereka di Ukay Perdana,” akuinya yang meminati wanita yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.

sumber:kosmo

p/s:saya makin sebuk tak sempat nak karang2 ayat...aci copy and paste je.korg layan je lah yek



Saturday, August 21, 2010

hensem jugak khairuddin ni yek


hensem jugak anak makcik yang selalu duk bagi pesanan kat anak dia
heheheheh....
alahai...anak mak lah katakan...