Search This Blog

Followers

Thursday, May 26, 2011

jom lari jom :-)



saja je nak tunjuk kat korg
ni no utk larian hari belia kat putrajaya nanti
owh....tak perlu kata apa2
saya tau sy dah tak belia
tp tetap perasan belia
hehehehehe
so sapa2 yg join larian ni
kita jumpa di sana di sana di sanaaaaaaaaaa.....
:-))

Tuesday, May 24, 2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

selatanonline

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

· Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

· Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

· Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

· Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

· Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

teh tarik perisa babi??



OMG....awal2 pagi terima email dari kwn
terkejut beruk aku
dasyat sekarang yek..
teh tarik pun dah ada perisa babi
hebat!!!
so utk korg yg slalu beli minuman 3 in 1
hati-hati ya
jgn terbeli teh tarik perisa babi macam di atas ni
naya beb
*sharing is caring *





Friday, May 20, 2011

now everyone can fly...:-)



now everyone can fly...:-)
wah... tak sabarnya nak tunggu 23/5/2011 ni
something BIG?
mau terbang ke mana ni cik alawiah oi
ok...skrg aku dah jadi gila mgadap page pakcik air asia ni
duk survey mana pakej yg best leh aku rembat
mau pindah ke luar negara tak dpt
so dpt gi jejalan pun leh la
mau tau ke mana aku nak bawak diri kali ni
stay tune....:-p

p/s: gila malas nak update entry pasal ke perlis bsama mak last week.....tgu tau...ada citer best masa kat sana...:-)

Thursday, May 19, 2011

secebis kata utk yg myokong diri ini

as salam semua..
saya tau agak lama blog ni terabai kan?
mcm dah bersawang dah..ramai yg tanya samada sy masih mgunakan blog ni
atau sudeh berpindah ke blog baru
(ehem ehem ehem)
sy masih setia dan syg sama ini blog lor
byk kisah hidup sy tercatat kat dlm ni
cuma lately ni sy agak bz dgn pelbagai hal
dgn exam,masalah peribadi,bz dgn keja yg tak pernah abis
so agak tak sempat nak luangkan masa nak coret apa2 kat sini
byk yg sy nak tulis kat sini
mluahkan rasa hati yg terbuku
perasan yg tak terluah
emosi yg tertahan
serta kesedihan yg mjadi penaman hidup sy kebelakangan ni
tp kekangan masa buat sy mbatalkan niat tu semua
(peh skima lak aku ni...ok2 tak salah kan jd skima skali skala)
insyallah pasni hidup kembali teratur
sy akan kembali menulis
kisah hidup yg tak berapa nak best mcm org lain
but i love myself so much
sy janji akan jd manusia yg lebih matang
lebih tabah
lebih cekal
dan tak kan sekali mbenarkan org lain m'down'kan sy
utk sekian kali nya
cukup apa yg sy lalui 3minggu kebelakangan ni
cukup air mata yg yg sy tumpahkan
utk benda yg nonsense!!!

owh...benda tu bkan nonsense tp sgt bguna
cuma tak bguna utk bsedih terlalu lama
utk benda yg bukan milik kita
'sometime bila kita rasa sesuatu itu adalah yg terbaik utk kita
sebenarnya bukan lah yg terbaik,dan sesuatu yg buruk bagi kita maybe adalah yg terbaik utk kita'
sy belajar melihat alam ciptaan tuhan ni dgn lebih luas
belajar jadi manusia yg cekal dan tabah
sy jatuh tersungkur
tp dari situ sy dpt lihat tgn2 yg penuh kasih syg menarik sy
naik ke atas balik
tgn2 yg tak henti2 menampung sy,mlonjak naik semangat sy
tgn2 yg yg setia memegang tgn sy
memimpin sy agar kembali berjalan seperti dulu
kembali tersenyum manis seperti dulu

ya ALLAH,besarnya hikmah MU
Andai aku tak di duga sebegini hebat
aku xkan pernah tahu begitu ramai yg myayangi aku
setulus hati,seikhlas hati
dan sbagai manusia yg tak lepas dari kekurangan
aku rasa sgt btuah...
aku berusaha mghapuskan segala mimpi ngeri
segala ketakutan dan segala fobia
yg terkesan dari apa yg aku alami..

demi semua org yg sentiasa myokong aku
aku akan terus bjalan
walaupun kaki aku penuh tercucuk duri
walaupun lukanya menusuk hati
walaupun air mata tak henti mgalir
kerana itulah letaknya keindahan kehidupan
dan aku sentiasa redha apa yg telah tertulis utk aku
kerana aku hanya hambaNYA yg kerdil
:-))

p/s: maaf...ayat agak tunggang langgan sebab kejar masa nak balik umah :-)




Wednesday, May 11, 2011

adakah kita bertemu dgn org yang salah?



Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa ....
.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.

Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

petikan: iluvislam :-)

Tuesday, May 10, 2011

yehaaa......!



yehaaaa!!!!
akhirnya abis jugak final exam aku
hep hep horey...
merdeka!!!!!
waktu utk berjimba2 lak

rindu nak mrepek kat blog ni
dah 3 minggu rasanya tak buka blog ni
pasni leh la mrepek sokmo kat sini
so utk kwn2 semua
I'M BACKKKKKKKK
:-))