Search This Blog

Followers

Friday, August 27, 2010

ya ALLAH apa nak jadi ni??




Remaja Melayu lebih gemar berbicara tentang persoalan yang kononnya
up-to-date dan “intelektual” berbanding untuk bangun mempertahankan nama
baik parti dan bangsa Melayu...ni semua Melayu berangan...inteletual konon..puithhHH!!!

Mohon di bulan puasa yang mulia ini kita semua sama sama mendoakan agar Negara Malaysia yang tercinta ini selamat dari bala bencana dan juga memberikan pedoman kepada seluruh umat Islam untuk terus utuh dan bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam itu dalam individu seseorang...........( sila layan komentar di bawah dan mengucap lah byk kali supaya tak terjadi kat kita,sedara mara,kawan dan org Islam yg lain )














sila klik utk gambar yang lebih jelas



p/s:ya ALLAH kau perliharalah iman ku.amin


Thursday, August 26, 2010

Bill Keith?



hahahaha....
akhirnya aku tergoda jugak
terbeli jugak sepasang kasut bill keith ni
maybe ni lah kasut bill keith yang pertama dan terrakhir dlm hidup aku
muahahahah...
nasib ada diskaun 50% kalu tak den gigit jari je lah
:-)


sebelah opis aku ada shoping complex?

hahahahahaha...
sebenarnya bukan shopping compleks tersegan indah tu
tapi mcm khemah berhawa dingin utk jualan hari raya anjuran kementerian kepengunaan
alah yang ayah si dafi jadi menteri tu
barang2 ni semua terus datang dari kilang
so harga kilang lah(ok la jugak harga tu)
so kalu korg lum beli dan blah utk beraya jemput la dtg
bermula smlm hingga ahad ni
(ye...aku dah pi 3kali tau)

mesti korg ingat brg dr kilang tu cap ayam punya brand kan
saya pun mula2 pikir mcm tu jugak
tapi pcaya tak kalu aku katakan
ada kasut jenama dari pereka terkenal tanah air
nak tau sapa?
cuma lihat sini


ceria je muka bos aku ni...


kenal tak sapa?
mesti la korg kenal kan
mula2 bila nampak kedai ni dari jauh saya ingat tiruan punya
tapi bila masuk npak ini apek sah la dia buka kedai kat sini
kat kedai kasut ni dia bagi diskaun 50% utk semua jenis item
wah...gila murah kot
dan bos aku telah sambar 1 pasng kasut yg bagi aku sangat lah lawa
(kaler pink semua lawa kan)
utk hantaran kwin dia nanti.
so apa korg tunggu lagi
jom terjah berjemaah lagi


sale sale sale


menteri baru nak rasmikan


muka aku yang serius kepenatan

p/s:apasal la buat kat sebelah opis aku buat aku kopak je..ari2 turun gi shoping adeh...pening aku

momen sedap ramadhan gieaway



kali ni aku nak join momen sedap ramadhan gieaway yang dianjurkan oleh fame.style.fab
kalu korg berminat leh la klik kat SINI

Sebenarnya saya jarang berbuka di luar
slalu makan kat umah(owh sila terpegun ya saya suka masak)
baru sekali mkn kat luar
sebab kwn2 ajak kan
so the picture is





makanan yang saya makan tu biasa je
nasi goreng paprik tapi yang mgoda rasanya air tu
hehhehe...
bulan posa air la yang 1st dicari dulu masa berbuka kan

ok nak citer sikit pasal fame.style.fab ni..
sempat la ronda2 kat situ.
brg yang paling best yang saya suka mesti la novel kan sebab saya mmg suka membaca
harga yang di tawarkan pun ok
tapi saya nak promot tudung yang ni
mcm best je tudung ni sebab corak dia sgt unik




cantik kan..so cepat gi order!
muahahha

Wednesday, August 25, 2010

contest saya dan baby oleh cik Awynn



sebenarnya dah lama nak join contest cik awynn ni tapi kesuntukan masa buat saya menangguhkannya sampai la hari ni.
ada sedikit masa terluang so leh la wat entry.
contest ni menghendaki korg bergambar dgn baby
so kalu berminat leh la klik kat SINI

Oh ya mesti korg tertanya dgn anak sapa lah saya akan bergambar tu
yelah saya kan lum kwin lagi...
walaupun saya belum kawin saya mempunyai ramai anak saudara dan anak2 kawan
lagi pun saya mmg suka bergambar dgn baby ni
so gambar yang saya pertaruhkan adalah
jeng jeng jeng

1

2

3

4

5






ni anak kwn saya iaitu puan nadiah.masa ni baru seminggu umur baby ni
comelkan baby ni

so saya nak tag:
1.cik sofia
2:mummy angle


:-)

jahatnya kamu!

1st time dengar lagu stacy yang baru ni
hati terus mlompat kesukaan
suka gila lagu ni..
rancak+lirik best gila
dah 3hari saya asyik mainkan beratus kali kat opis tanpa jemu
oppss....sory saya tak pasang kuat2 saya pakai earphone saya
so org tak tau saya dengar lagu yang sama dari pagi ke ptg
heheheheh....~angau

Lirik Stacy AF6 - Jahat

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

p/s:lagu ni sgt best kalu menari..leh kuruskan badan kita muahahahah

giveaway cuti2 malaysia



nampaknya rezeki cik bihah makin melimpah ruah...
baru bulan lepas dia baru adakan giveaway,bulan ni dia adakan lagi..
wah...best2...saya suka.
sebab saya dah pernah join giveaaway yang lepas
kali ni saya dgn happynya nak masuk lagi
ok kwn2 kalu nak join sila klik SINI

Dulu sebelum saya bergelar student semula,cuti2 malaysia adalah hobby saya
tapi sejak dah jadi student balik dan poket seluar makin rabak tiap bulan terpaksa lah saya buat cuti2 malaysia ala2 destinasi baget je (heheehh)
apa2 pun plan paling terdekat saya akan ke cameron pas raya ni
tujuan?utk rehatkan minda
nak gi jauh2 oversea rasa macam tak mampu lak
plan jauh sikit lepasi sepadan malaysia ke bandung insyallah awal tahun depan(eh kata student poket rabak?)

wah...pjg pulak mukadimah kali ni
ok lah nak citer pasal cuti2 malaysia yg paling saya ingati
lokasi:langkawi
tarikh:2tahun lepas
knp saya paling ingati lokasi cuti2 malaysia yang ini kerana inilah kali pertama saya menaiki flight (wah gila jakun dan sila gelakkan saya)


muka gila teruja masa ni

terujuanya masa hanya ALLAH yang tahu.
tapi penerbangan yang sepatutnya bertolak pada pukul8.30 tergendala selama 45minit
akibat cuaca buruk.
masa di dalam flight tu byk kali jugak lah kapal terbang tu bergegar.
nasib saya cool je ahaks
sebab bertolak malam kami sampai di pulau langkawi agak lewat dari sepatutnya
nasib la hotel dan kereta sewa dah booking dari awal
so tak ada masalahnya dari lapangan terbang :-)

1st day



pagi2 lepas bangun dari tidur kami bertolak ke langkawi geopark.
kat langkawi geopark kita leh naik cable car ala2 mcm kat genting tu...
tapi rasa gayatnya mmg buat lutut den ni mgigil sakan
walaupun den ni suka tempat tinggi tapi den mmg takut sgt masa naik cable car tu







tetapi mmg berbaloi lah sebab bila sampai kat atas mmg pemandangan dia sgt2 lah cantik
leh lihat keseluruhan pulau langkawi..
mmg rugilah kalu sapa2 dtg langkawi tapi tak naik cable car


pandanga dar atas cable car

lepas mengayatkan diri kat atas gunung paling tertinggi kat langkawi tu kami turun ke pekan kuah.acara shopping pun bermula lah.tapi mood shopping saya lum sampai lagi sebab hujan agak lebat petang tu so saya lepak kat bilik sambil berjalan2 dia sekitar hotel.
seperti yang korg tau pulau langkawi mmg terkenal dgn kawasan bebas cukai.
kalu nak beli pinggan mangkuk ke coklat ke perfume ke inilah tempatnya
wah....masa tu brp kali lah jugak saya ke mesin atm nak ambik duit.
(lain kali korg pergi pastikan duit berlambak dlm bank ya)
takut kempunan tgk perfuma wangi2 harga runtuh tapi gigit jari je macam saya


pantai kat belakang bilik saya

2nd day



hari ke dua kami semua sepakat nak sewa bot utk ke pulau2 kecil di sekitar pulau langkawi.
dan semestilah tasik dayang bunting tidak ketinggalan utk di lawati.



bagi saya tasik dayang bunting ada keistimewaan tersendiri.
mdamaikan hati serta pemandangan yang sgt2 cantik
tapi saya takut dgn monyet yang sgt2 lah nakal kat situ
adeh...ada brg kwn saya dilarikan oleh monyet kat situ
nasib dapat balik...heheheh

dan paling bestnya kat tasik dayang bunting korg leh wat terapi kaki dgn ikan haruan
seperti gambar saya kat atas ni.tapi saya geli heheheh..
so korg tak payah bayar mahal2 kat mana2 spa utk terapi ikan ni.free je kat sini



mungkin ramai yang tak tahu,kat tasik dayang bunting jugak di sediakan aktiviti seperti air seperti berkayak or main2 benda alah mcm gambar kat atas ni.best tau...
tapi utk yang teringin menimbang cahaya mata leh la minun air tasik tu.
di percayai berkhasita utk mempercepatkan proses mdapatkan anak
tapi masa saya sampai kat sini,abg yg bwk kitaorg pesan jgn minu air tasik ni sebab takut kitaorg balik umah kita org lak yang mengandung...naya beb...sengal la abg tu



rombongan kami jugak sempat singgah di beras basah..
pantai dia sangat lah cantik.
sapa yang nak hitamkan kulit leh la berjemur kat sini
saya yang tak nak hitam pun jadi hitam..alahai...sunburn wei


dgn obor2



sebelum kami balik ke tanah besar pulau langkawi sempat la abg bot tu bawak kami tgk helang cari makan.sangat best sebab bertapa lajunya helang tu myambar ikan.
mata dia pakai kanta mata apa lah yek sampai ikan dalam air pun leh nampak

helang cari makanan

selepas aktiviti pusing pulau2 kecil ni kami lebih banyak lakukan aktiviti2 sempoi
mcm shoping dan terus shopping
heheheh...
tapi saya sorg yang sgt sygkan sejarah sempat lah curi masa ke makam mahsuri walaupun byk kali sesat jalan
serius saya mmg sengal baca signboard jalan ni heheehh

kat makam mahsuri

kalu dulu masa zaman saya kecik2 datang dgn ayah n mak masuk makam maksuri free je tapi skrg dah kena bayar la pulak
tapi agak berbaloi lah sebab diorg dah naik tarafkan bangunan kat situ,
lawa kan mahsuri tu.muka mmg melayu gila..(den pun melayu jugak tapi byk campur dah2)


depan kedai gamat

langkawi jugak terkenal dgn gamatkan.so sapa gi langkawi silalah beli gamat byk2
pastu jual kat opis.sangat untung ok.
heheehh...


sempat jugak saya singgah kat beras terbakar untuk bershopping selain kat pekan kuah.
kat beras terbakar lebih banyak pilihan seperti kain batik,kain pelekat dan pakaian.
tapi agak panas lah...wah...saya agak tak tahan masa itu.
berapa kali saya order air.



kat lapangan helang ni adalah lokasi paling WAJIB kot sebagai bukti korg dah sampai kat langkawi.so dlm panas mbahang saya dan kawan bergambar dgn baget comel habis depan patung helang ni sebagai bukti utk di tunjukkan pada kwn2 kat opis.
heheheh...tapi masa ni muka saya dah mmg sunburn habis dah
uwawawaw....



tgk bertapa banyaknya beg saya masa nak balik dari langkawi.
pesanan saya masa nak ke langkawi tu tak perlu lah korg bwk brg byk2 mak bagai semua
bawak yg patut je.nanti sampai sana lagi byk brg korg beli.
dan pastikan kewangan korg masih lagi kukuh selepas balik tu eheheh..
di khuatiri korg terpaksa makan megi sampai gaji masuk.
apa2 pun langkawi memang tempat yang agak best utk di lawati kerana murah dan best utk bershoping :-)