Search This Blog

Followers

Tuesday, May 13, 2014

Travel 2014: Adventure trip jogja-surabaya (part 2)

bilik aku kat hotel 1001 mlm

hari kedua di kota jogja. kami bangun agak awal tp malangnya breakfast di hotel 1001 malam ni di sediakan agak lambat... eh bukan agak lambat tapi memang lambat pun. so tak leh request utk breakfast awal sbb staf dia hanya akan masuk keja seawal jam 7.30pg. tepuk dahi aku masa dgr... xpalah kami pun tunggu sementara pak supir datang jemput leh gak pusing2 hotel ni.
oh citer pasal pak supir yang kami tak jumpa semalan masa kat airport tu, rupanya pak supir tu pun memusing cari kami. maybe kami selisih dia masa tgh memcari tu, yelah kami sampai agak lambat dgn duk beratur panjang kat imigresen. dia pun maybe berjalan2 dulu kat sekitar airport tu untuk hilangkan boring. yg aku perasan lah kat luar airport jogja tu xada pun scream yg habaq kata flight delay ke apa. no wonder lah pak supir tu pening menunggu kami. tp satu yg aku kagum pasal pak supir aku kali ni sbb dia sgt genius. knp aku ckp dia genius? sbb dia leh call hotel kami mginap utk bercakap dgn kami dan tanya samaada dah sampai ke belum. ye lah dia call kami xdpt kan. kebetulan masa dia call tu kami baru nak kuar ( nampak tak berapa lama dia memcari kami kat airport. feeling guity woi) so aku pun bercakap lah dgn dia yg kami semua dah selamat sampai dgn teksi dan akan berjumpa esok. masa bercakap tu aku perasan suara dia mcm org muda ja... (dah start gatai ni). xkan pak supir aku muda lak sbb slalu dpt bapak2 yg dah tua... oppss... eh pajang lak citer pasal pak supir ni....ok done!
 
decoration di tgkt atas hotel 1001 mlm

pandangan dari tgkt atas hotel

signboard 1001mlm

hotel 1001 mlm hanya ada 2tgkt saja

surat khabar hari ke 2

 masa tengah pusing2 hotel tu, ttiba aku nampak seorg lelaki smart siap dgn pakai kemeja masuk ke hotel. terus ke kaunter tanya tetamu dari malaysia. terus staf terus tunjuk kat kami. pak supir tu terus tanya sapa siti. aikk... knp siti? knp bukan hayati sbb hayati yang deal dgn pak supir ni. aghhh gasak lah. aku pun mganguk tanda aku lah orgnya. terus dia persilakan aku duduk di  meja untuk berbincang pasal itenary sekejap. gluppp... propernya pak supir ni. mcm nak deal beli saham juta2 ja gaya dia. so duduk lah aku dgn hayati berdua. yg lain kat tingkat atas tgh mlepak tunggu breakfast.
pak supir pun menerangkan kpd aku n hayati pasal itenary kami yg impossible utk di laksanakan harini. tak mungkin boleh di lakukan dlm masa 1 hari sbb kedudukan yg jauh dan masa yg lewat kami bertolak... aghhh...camna ni?kami dah start stress. dan pak supir memcadangkan kami berberapa tempat yg menarik di sekitar jogja untuk kami. byknya lebih pada pantai dan aktiviti lasak air. kami laju2 gelang. kat malaysia pun byk kata kami. kami nak gi tempat yg tak ada kat malaysia. masa ni keputusan harus di buat cepat. kepuasan hati ahli jemaah harus di ambil kira jugak. akhirnya kami tetap nak ke deing platear. untuk ke deing platear kami kena ambik masa 4jam perjalanan mendaki gunung dgn jln yg berliku dan terpaksa turun  semula sebelum jam 2ptg kerana kalu tidak kami terpaksa bermalam di sana kerana kabus tebal akan turun sehingga jalan tak nampak dan bahaya. bunyi cam menakutkan tp cabaran di terima. so hari ni kami ke deing platear ... ayuh!
perjalanan ke dieng platear- bukit tu lah yg kami nak mandaki.

aktiviti dlm keta

penduduk sini menjalankan aktiviti pertanian

dah nak sampai dieng platear-pintu gerbang

rumah penduduk kat sini

pintu gerbang dieng platear

cam biasa. kedai2 jual mcm2 kat area wisata


candi arjuna

posing tak mau mgalah....cittt
 finally after 4hour kami sampai gak kat dieng platear. penat siot duk dlm keta. sepanjang perjalanan kami hanya berhenti skali utk ke toilet dan beli air minuman. kira hebat lah tu kan... hahahah
sampai ja di tempat pertama iaitu candi arjuna pak supir suruh kami pandai2 bahagi masa. untuk cover 3 tempat yg kami nak melawat kami hanya ada 2jam saja. so 1tempat kami hanya boleh mlepak dlm masa 30minit saja. aduh.... cuaca masa ni pun agak mendung mcm nak hujan. so pic kami pun ala2 mendung lah jugak. oh ya masa kami melalui jln ke dieng plantear ni byk masjid yg di bina.kebetulan tgh azan utk solat jumaat. leh dgr bersahutan bunyi azan dari masjid berdekatan.

aku tak ingat brp bayaran masuk untuk masuk ke candi arjuna dan kawah sikidang.harga tu termasuk untuk 2 tempat skali. korg google lah ya sbb trip kali ni aku tak jadi menteri kewangan utk hal ehwal byaran masuk wisata. aku hanya bahagian transport saja.tp aku rasa lah... boleh lak rasa2 kan dlm RP10000 ja kot.
di sebabkan kami dtg pada hari jumaat so tempat ni mmg sunyi lah tak ada org. yg ada pun 2-3 org ja dan selebihnya adalah kami. so leh melompat dgn lebih tinggi. bagi aku candi arjuna ni cantik jugak cuma terletaknya agak jauh buat aku rasa kalu yg trip sekejap tu kalu tak dtg pun tak pa. leh pi terus ke bodobudur sebab candi arjuna ni tak lah besar mana. kami spend kat sini pun kejap ja. tp kawasan candi arjuna ni agak luas jugak. lenguh jugak la nak berjalan keluar. di pintu keluar candi arjuna ada satu lagi candi gatotkaca. tp candi ni kecik saja dan lebih kurang candi arjuna saja dari seni rekanya. 

salah satu binaan candi arjuna

kat candi gatotkaca yg lebih kurang candi arjuna

kedai di area kawah sikidang.


kena mendaki bukit ni untuk ke bibir kawah sikidang

info pasal kawah sikidang ada di tulis di signboard sbelum medaki bukit.

ada seorg makcik ni menjual sufer kat tgh2 jalan untuk ke bibir kawah sikidang
asap yg byk tu di gunakan untuk menjana elektrik untuk penduduk setempat-info pak supir

asap gila banyak.... bau ckp tanya lah

  abis kat candi arjuna kami terus ke kawah sikidang. kat sini pun sunyi. hanya kami dan penjual yg menjual hasil tanaman seperti ubi dan buah-buahan. masa sampai kat sini bau sufer gila kuat. kami terpaksa berjalan agak jauh mendaki sedikit untuk lihat kawah sikidang tu. masa ni hujan dah turun rintik2. aku, mai dan ety gagahkan diri utk sampai ke kawah sikidang ni sebab dah menempuh 4jam perjalanan kan. manakala hayati dan milah dah surender awal2. diorg lepak membaca papan info pasal kawah sikidang saja. tak tahan bau sufer katanya. masa kami sampai kat bibir kawah kami dpt lihat air yg sedang mengelegak. bunyi agak mengerunkan. satu fenomena yg baru bagi aku. kalu korg dtg kat kawah sikidang ni korg dpt lihat kawah secara dekat. mmg sgt dekat. masa bjalan nak balik ke keta kami terpaksa berlari sbb hujan dah lebat. termengah aku.... stimina mmg out!

kawah sikidang

depan pintu masuk telaga warna

kat sini bunga hidup dgn subur sbb cuaca dingin


pandangan pertama mula2 jumpa telaga warna

hayati tgh tunggu toilet dpn toilet...

ety yg berani meniti di dahan yg patah....

seterusnya kami ke telaga warna. destinasi terakhir kami di dieng platear ni. masa ni hujan dah reda sikit. masa sampai kat sini nampak mmg agak ramai warga indonesia melawat telaga warna ni. ok untuk harga masuk ke wisata telaga warna ni utk org luar RP15000 manakala utk rakyat indonesia hanya RP5000 tak silap aku. nampak tak berapa ganda beza harga kat situ. 1st tempat aku cari masa kat dlm ni adalah toilet. aku dah menahan dari kawah sikidang lagi. masa kat sikidang aku tgk toilet dia mcm tak selamat ja dgn lelaki penuh duk melepak kat depan tu. masa kat telaga warna ni terpaksa lah jugak aku cari toilet. nasib toilet dia agak ok. tp air dia sejuk gila mcm ais. mmg kalu suruh mandi dgn air camgitu mmg aku mintak ampun lah.
di sebabkan cuaca agak mendung dan hujan sikit2 telaga warna ni warna dia jadi camni je lah. nak kata lawa sgt mcm aku baca dlm internet tak sgt. tp boleh la tahan... kawasan telaga warna ni sebenarnya luas. siap ada gua bagai lagi. tp mcm aku duk tulis kat atas di sebabkan cuaca yg xmengizinkan dan masa yg mecemburi (cewah ayat....) kami terpaksa berpusing2 tak terlampau jauh. agak2 puas bergambar kami pun cabut keluar. dekat ja nak smpai ke keta hujan turun selebatnya... berlari kami mcm anak kambing masuk ke keta.... hahhaah.... nasib sempat. 

di sebabkan hujan yg lebat kami pun turun dari dieng dgn berhati. risau gak aku kot2 kabus tebal naya ja kena tidur dgn pak supir kat sini. rosak program. aku bernasib baik sbb pak supir kali ni sgt cermat dlm permanduan. so kami boleh tlelap masa nak turun ke bawah tu. gila mengantuk kot. even aku yg payah nak tidur dalam keta ni pun terlelap sekejap. 

kami berhenti solat di masolah sekejap dan singgah makan kat satu kedai makan. lunch pukul 5.30 ptg woi... mmg trip kali ni kami slalu lambat makan. nasib kedai makan yg kami singgah tu agak sedap even harga dia sedikit mahal. kami sampai di jogja sudah mlm sekitar jam 7.30. kami suruh pak supir turunkan kami kat stesen keretapi untuk tempah tiket perjalanan ke surabaya esoknya. malangnya masa kami sampai kaunter reserve dah pun tutup. kami pun berjalan kaki balik ke hotel yg mengambil masa tak sampai 10minit. dekat berbenor wei....

sebelum berpisah dgn pak supir, byk kali pak supir tanya pasal plan esok. dia mcm tak percaya kami nak join aktiviti yg akan buat kami terpaksa gerak seawal 4pagi... kemana? smbg next entry ya.....~
 
telaga warna yg agak cantik even hujan

pic cover perut yg gemuk hahahaha

saja nak tunjuk bunga yg subur belakang tu...

Thursday, May 8, 2014

Travel 2014: adventure trip jogja-surabaya (part 1)

xsilap aku masa ni kat singapore kot...

disebabkan sistem kat opis aku ni di tutup so aku yg rajin lagi didikasi ni tak dapat lah buat keja aku yg bertimbun tu. dan  untuk tak buang masa dgn buat keja tak berfaedah mcm mgumpat baik aku tulis sikit kat blog ni kan... hahhaa nampak tak aku makin bijak mbahagikan masa.

24/4/2014
tarikh yg di tunggu2 selama hanpir setahun setelah berjaya membeli tiket promo dari airasia. perjalanan kami adalah dari kuala lumpur - jogja-malang-bromo-surabaya- kuala lumpur.
perjalanan hanya mengambil masa 6hari 5malam.
so itenary yang akan di buat harus lah padu agar dpt cover sebanyak mungkin tempat.
sebenarnya itenary di buat 4-5 bulan sebelum tarikh berlepas sbb semua org di jangkakan akan busy di saat akhir. dan ianya ternyata berlaku. so aku namakan trip kali ni trip cincai boncai asal boleh ja. last minit cari barang dan last minit settle apa yg nak kena bwk dan apply cuti. nasib lulus cuti aku.
 so bergerak lah kami dari putrajaya ke lcct (ita dan milah dari shah alam park keta kat umah aku)
pada kul 11 pagi. hujan turun selebatnya masa kami nak ke lcct tu. dlm hati dah tak berapa happy. yelah hujan wei. dgn kes MH370 tak settle lagi. gayat aku di buatnya.
nasib masa sampai kat lcct hujan dah makin reda.
kami check in agak awal seawal kul1.15 minit even flight kul3.15ptg. bukan apa hanya nak guna ruang surau diorg ja. tak lah kelam kabut nanti kalu check in lewat.
dan bukan airasia lah kalu tak delay. nasib delay 10minit ja. hahahaha...

baru touch down kat airport jogja

not a backpaker just a backpaker user :-p

kami sampai di airport jogja lebih kurang kul 5.30 ptg . seperti ramai yg blogger lain bagitau airport jogja ni mmg sekangkang semut saja.kecik bebenor airportnya. kami yg ramai ni sampai mlimpah keluar beratur masa nak check imegrasen tu. kat situ lah nak check luggage n kat situ nak ambik luggage. ayoyoyo.... pening mak ni. settle semua hal kami pun kuar dari pintu airport tu memcari pak supir. masa nak lepas pintu tu ramai gila bapak2 yg duk ajak naik keta diorg. agak serabut lah. lebih kurang mcm kat medan dulu tp diorg ni masih lagi bersopan santun kalu di bandingkan kat medan. 
kami pusing2 depan belakang kanan kiri tak nampak juga pak supir yg memegang nama hayati.
kami dah cuak. arah mana nak tuju ni?
kalu  pak supir tak ada nak kena naik bas atau sewa teksi saja?
kami harus buat keputusan cepat sbb kami di ikuti bapak2 yg menyediakan perkhimatan pengangkutan.
setelah tawaf hampir 3kali kat luar airport jogja tu dan keadaan makin gelap, kami buat keputusan untuk masuk kembali ke airport untuk beli kupon teksi.
mesti korg tertanya knp tak call saja pak supir kan?
sebenarnya kami semua tak buat rooming. budget kan...
hahaaha...
 so dari airport jogja ke hotel 1001malam kat area jalan maliboro kami di caj RP60000.
agak ok lah untuk kami berempat. dan alhamdulilah kami dapat pakcik teksi yg sgt baik dlm memberi info pasal jogja. dan aku masih lagi teringat kata2 dia " kalu datang jogja mesti datang lagi untuk kali 2''
dan kenyataan dia itu ternyata benar. kenapa benar? nanti aku citerkan di hujung kisah jogja ni.
bilik kami di hotel 1001 malam.

pintu masuk ke kedai makan yg mengejutkan kami tu....

kat lorong ni ada masjid. masih mengunakan beguk untuk bagtau masuk waktu solat. klasik!!

perjalanan dari airport jogja ke hotel 1001mlm tak lah mengambil masa yang lama around 30minit ja. jalan pun tak mecet sgt pun. masa dalam perjalanan ke hotel ni dpt lah kami lihat sunset dari gunung merapi. indah wei. masa tu dah excited tergedik2 dah kami tak sabar nak jelajah jogja esok.
dan kami sangat berpuas hati dgn hotel 1001malam sebab kawasannya yg strategik ,bersih dan kawasan yg selamat. yg penting wifi sampai ke bilik hokey.hotel 1001 malam di terletak di lorong international village. di lorong ni terdapat hotel-hotel dan losmen untuk pelancong atau backpaker atau backpaker user mcm kami (hahahah...) 
dapat ja bilik kami terus bersihkan diri dan tunaikan kewajiban. sementara tu mai cuba untuk menghubungi adik dia (ety) yg dtg shari awal dari kami. so group kami ni kami berlima. trip yg paling ramai stakat ni. meriah sikit kan. sementara tunggu ety sampai di hotel kami keluar jalan2 di sekitar hotel. niat nak cari makanan sbb aku dah hampir gastrik. padan muka aku sebab belagak tak nak makan nasi masa kat lcct. so berpusing2 lah kami kat situ mencari kedai makan. last2 kami pilih kedai makan betul2 depan hotel ja sbb dia kata halal. 
lorong ke hotel 1001malam

lorong ke hotel 1001 malam

kedai2 dan hotel2 di sekitar hotel 1001 malam


nama kedai tu ialah mi casa es tu casa resto betul2 depan hotel 1001 malam. masuk lah kami semua memcari meja. terus di baginya menu. kami semua khusyuk memilih makanan. semua org blur2 nak pilih sebab macam tak tau nak makan apa. aku pun selak punya selak menu dia sampai la ke page special menu.
terus aku terkejut beruk. mak ai... ada menu cobra & python wei.... siap untuk sup bagai... devil drink pun ada skali. muka kawan2 aku dah start cuak. errkk.... kata halal knp ada menu camni gini lak....nak kuar mcm tak nice lak sbb kami dah duduk elok punya landing. finally kawan2 aku hanya order minuman saja. dan aku di sebabkan keterpaksaan dan darurat sebab kedai lain dah byk tutup terpaksa mengoder nasi goreng sayur. kalu aku tak makan comfirm aku esok tak leh kuar bilik sbb aku pasti akan gastrik.
tp nak habaq gak ni. nasi goreng dia sedap gila habaq hang... hahahaha...
bila aku pelawa kwn2 aku rasa nasi aku seorg pun tak nak. cisss...

pas abis makan kami terus balik bilik dan tidur. adik mai pun dah sampai dgn kawan dia student universitas gajah mada......


~sambung next entry....

banyak perkhimatan beca di sediakan. yg penting pandai tawar harga


Sunday, May 4, 2014

travel 2014: adventure trip jogja- surabaya

pemandangan dari gunung bromo surabaya

 assalamulaikum...
lama gila aku tinggalkan blog aku ni
bukan aku lupakan terus. aku ada buka tiap minggu cuma aku mmg tersangat busy dgn keja lately ni.
pas habis study kat uitm aritu, ttiba hidup aku makin busy.
pelik kan. walaupun begitu dlm masa kurg 3bln ni aku telah 2kali ke indonesia.
aku nak smbg balik kisah jakarta-bandung tu tapi mcm idea tersekat di otak. 
insyallah aku akan smbg juga nanti.

untuk permulaan aku kembali menulis
aku bg beberapa keping pic masa aku buat trip adventure dr jogja ke surabaya pada 24/4-29/4 hari tu
korg layan lu lah ya

* kualiti pic agak kurg sbb pic dr hp ja... kamera punya masih lum di tranfer*
di bukit teletubis, mt bromo surabaya

pasir berbisik, mt bromo surabaya

pasir berbisik, mt bromo surabaya

bukit teletubis, mt bromo surabaya

mt bromo surabaya