Search This Blog

Followers

Thursday, September 30, 2010

nak tgk muka aku bila stress tak?


muka awal pagi yg tabah tgk fail bertimbun kat atas meja



muka pukul11.00 pagi...masih dpt bertahan mengadap fail2 sengal


muka kul2.00 ptg...kepala dah ting tong...cuba abiskan jugak keja ni




muka stress nak kuar dah hheeheheehe...(apahal lah payah sgt nak paham fail ni)


aghhhhh.....aku stress dah ni wei!

p/s:aku tak paham kenapa setiap kali aku nak final exam+keja sekolah byk,keja opis pun bertimbun2 masuk atas meja aku.dengki tul la...:-(

Wednesday, September 29, 2010

cinta hancurkan hidup?



cinta?
apa makna bagi sebenarnya cinta tu?
aku tak nak geogle makna cinta sebab bagi aku definasinya pastinya berbeza bagi setiap org..
masing2 dgn pendapat masing2 kan....
sebenarnya aku rasa tak layak nak komen apa2 pasal cinta
sebabnya?
aku dah 2thn tak bcinta
so dah bkarat la skill2 cintan cintun ni
tp bila aku duk diam2 kat umah smlm
aku teringat xcident keta kwn aku ahad lepas kat kampus uitm
buat aku terpikir makna cinta
alkisahnya xcident tu berpunca dr sikap lalai dia jugak
aku perasan dia asyik termenung je masa ari sabtu lepas time wat study group
bila tgk keadaan dia mcm tu,
mula aku teringat sms yg dihantar oleh dia(kwn aku ppuan)
masa hari raya aritu tanya cara2 nak xtend semester
aku agak terkejutlah
yolah dah nak abis sem baru nak xtend apa kesnya
tp masa tu aku tak leh agak dia ada masalah cinta lagi
setelah aku risik2 dr dia aku leh wat kesimpulan dia dah putus cinta!
malah akaun fb yg dia slalu update selang 1jam pun turut di delete!
wah...dasyat dah ni..
tak kan putus kot(bf dia sumpah hsem gila)
tp tak kan kerana putus cinta dia nak jahamankan hidup dia
bagi aku itu sungguh2 tak berbaloi
mmg la putus cinta tu sakit
wat kita down
tp....kita kena lebih tabah lah...
lagi pun dia bukan muda lagi baya aku dah pun
leh pikir dgn lebih matang
hanya krn sorg lelaki dia nak xtend or bhenti belajar smata2
mcm tak munasabah je
aku pun pernah alami perasan kecewa tu
sakit!
tapi kena tabah lah
pcaya n yakin ALLAH jadikan sesuatu tu pasti ada sebabnya
kalu dulu aku mnagis tergolek2 tiap2 hari
kecewa cinta tak kesampaian
tp skrg aku sgt2 bersyukur sebab putus dgn dia...
kalu aku terus dgn dia pastinya aku tak seperti hari ni
bukan aku nak ckp aku hebat sgt tp aku kumpul semangat nak mulai hidup baru
mula dr bawah balik
aku belajar hidup tanpa dia
walaupun pada mulanya sgt2 lah payah nak mlupakan
tp skrg,setelah 2thn blalu aku dah tak rasa apa
raya lepas aku buka fb tgk ada ex aku add
tgk stutus dia=single
mana awek yg dipujanya dulu?
hurm....dunia...

p/s: org yang pernah lukakan ati aku tak kan pernah dpt membahagiakan aku...so cari je yang baru...:-)


Tuesday, September 28, 2010

kasihnya sorg ayah...


berlari2 aku ke tempat parking keta pagi ni
yolah...aku dah lewat nak gi opis
slalu 7.15 aku dah gerak..
ni br nak turun lift
nak panas enjin keta mak bagai lagi
tp bukan kisah aku lewat gi keja yang aku nak bising2 kat sini
kisahnya'KASIH SORG AYAH'
masa aku tgh panas enjin keta,sambil buka radio suria fm
aku buang pandangan aku keluar dr cermin depan keta aku
sambil2 usha org lalu lalang kat sini
leh jugak kenal2 penduduk area umah aku ni
heheheheeh...(tak leh cuci mata pun sebab 90%dah bkeluarga)
pandangan aku terhenti pada sorg ayah yang sedang dukung anak perempuannya yg sedang tidur masuk ke keta.maybe nak hantar ke taska kot.
tak pulak aku nampak isteri lelaki tu.
aku terus melihat adegan itu sehingga lelaki tu beredar
hurm...apa yang bermain di fikiran ku?
ya...kudusnya kasih sorg ayah pada zuriatnya
sanggup bersusah payah mjaga,manjakan dan mberi belaian tanpa mgira masa
dan tanpa minta di balas
salalunya kita slalu melihat kasih sorg ibu yang selalu di sanjung2(insyallah aku pun akan bgelar ibu jugak 1 hari nanti)
tapi agak jarang kita myanjung kasih sorg ayah
slalu org label ayah sorg yang garang,tegas,panas baran dan sebagainya
berbeza dgn kasih ibu yg sanggup mlayan setiap keranah kita.
tapi jgnlah kita membezakan kasih mereka
sesungguhnya kasih mereka pada kita tetap sama tingginya dan tiada bezanya
*************************
alkisahnya selepas melihat adegan itu,fikiran aku terus teringat ayah aku di kpg
abah aku sgt garang masa mudanya
seingat aku sampai form3 aku masih kena libas dgn tali pinggang abah kalu ada yang tak kena
masih lagi ayah aku guna rotan kalu aku buas sgt
maybe masa kecik2 lu lepas kena rotan or libas dgn tali pinggang aku sedikit berdendam dgn abah.cakap abah tak sayang aku.abah benci aku.abah beza2 kan anak.
tapi bila aku dah besar dan matang,aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kat abah krn mrotan aku dulu.tanpa rotan dan tali pinggang tu maybe aku tak abis belajar,maybe jadi minah rempit mrempat tepi2 jalan,atau jadi manusia yang sgt2 hampeh.
walaupun aku tak dpt nak mjawat jawatan yg leh buat abah tersenyum bangga tp aku mampu buat hati abah senang tiap kali tgk aku.aku pandai jaga diri bila jauh dr abah.
aku tak suka susahkan ati abah.aku tau apa yang boleh dan tak boleh buat.
alhamdulilah...6thn aku di kota monopolitan ni aku masih lagi seperti dulu...~gadis kampung
*******************************
aku teringat kasih abah pada ku teruji byk kali
masa aku form2 aku tak boleh berjalan
hanya terlantar di katil
masa tu kaki aku tak boleh di sentuh langsung,pasti aku mjerit kesakitan
seksanya aku masa tu
abah dah gelabah~risau anaknya kena samput or terpijak benda2 tak elok
2hari berubat kpg masih tak elok jugak
masuk hari ke 3 abah dukung aku
masuk keta,terus ke klinik
barulah tau aku mgidap penyakit gout dan buah pinggang
skali lagi aku lihat muka abah gelabah~buah pingang?gout?punca?
alhamduliah berkat aku yang rajin makan ubat aku telah bebas dr penyakit ni~muka abah lega
tapi tiap kali aku nak makan makanan yg sepatutnya aku pantang
abah pasti ingatkan~oh...abah tak pernah lupa aku pernah sakit~sygnya abah kat aku~terharu
*********************************
makin aku membesar aku makin buas
form 4 aku terlibat dgn kemalangan jalan raya
muka aku abis luka teruk
tulang pipi aku retak
kepala aku kena xray 2kali sebab doctor tak dpt nak cari gegaran
masa tu kalu sapa tgk aku masti ingat aku akan mengalami gangguan otak
sebab 80% kecederaan yang aku alami adalah bahagian muka
muka abah skali lagi gelabah~doanya anak dia yang baus ni selamat~aku?
kalu korg tgk elok2 muka aku korg akan dpti pipi muka aku tak balance
itu lah kesannya
tp kalu skali imbas mmg korg tak npak lah
2minggu aku lepak kat umah je nak bagi luka kering
abah?hanya diam je,abis2 pun dia membebel je
aku?maafkan aku abah susahkan abah lagi
*********************
aku jarang demam
dlm hidup aku sgt2 susah nak demam
tp skali aku demam mmg teruk tahap petala langit ke7 punya
satu hari aku demam kat uitm(masa tu aku study kat uitm sg.petani)
aku call mak bagi tau.
mak dah risau~aku ckp aku ok lagi
lepas 1jam mak call balik cakap abah nak dtg uitm malam tu jugak!!!!!
nak ambik aku wat balik~aku?
maafkan aku abah susahkan abah,wat abah risau lagi(abah tak dtg lepas aku yakinkan abah aku leh handle)
***********************

sapa cakap seorg lelaki itu tak ada perasan sayang n kasih pada anaknya
cuma maybe caranya tak sama dgn mak kita
maybe caranya kasar
maybe egonya tinggi
maybe dia tak tau nak ucapkan bertapa dia sgt2 sayang kat kita
tapi korg percayalah jauh dari sudut ati dia sgt2 sayang kita anaknya
:-)

p/s: abah aku tak hsem mcm abah org lain,abah aku tak belajar tinggi mcm abah org lain,dan abah aku jugak kuat membebel tp walau apa2 pun,walau bagaimana pun abah aku,dia lah hero di hati ku..~abah cek syg abah sgt2...:-)

sedap...jom la try..



pic kat atas tu agak2 korg apa benda yek?
shusi ke?
hahahaah...
tak lah tu bukan shusi tp donat
yup...donat
aku tak tau la baru ke lama ke dah kuar kat BIG APPLE
tp aku baru makan je smalam..(tu pun bos yg belikan)
SEDAP...
sgt sedap kot...lagi pun kaler dia yg warna warni tu sgt comel lah
sayang aku nak makan..
tak silap aku skrg ada offer kot(br kuar so wat offer bg org try)
so bagi yg suka makan donat(aku suka yg free je heheheh)
leh la cuba...:-)

p/s: aku dah gemuk sebab kuat makan skrg..apa harus aku buat yek?:-(

haruskah?


tiba2 aku rasa nak tukar nama blog ni
mcm dah tak releven dah 'luahan sanubari hati'
sebab aku dah tak mau luah2 dah(hahahaha...~mentang2 dah ok)
tp nak bagi tajuk apa yek?
bos aku ckp letak lah' epilog mencari syurga cinta'
alahai...mcm jiwang ssgt la pulak...
korg ada idea?
share lah...:-)

p/s:syyhhh...bos aku start cuti esok~dah nak kwin rupanya bos aku ehheeheh...(sory bos anak buah mu tak dpt nak pi sebab den ada kelas uwaawawaaw)

Monday, September 27, 2010

kek untuk saya tu....:-)



entry kali ni tak nak citer byk lagi
just nak tunjuk kat korg je...
finaly ada gak pic tiup kek
hahahahaaha...
suka pic ni bukan apa..
tiap2 tahun mmg ada kek tp tak ada pun pic yang ada tiup2 lilin ni
rasanya zaman nak mbesar lu ada lah
hahahaha...
dgn suasana kat belakang tu mcm happy je(happy dpt mkn byk2 kot heheheh)
so sy sgt suka pic ni...
ngeh ngeh ngeh
:-)

Sunday, September 26, 2010

bila malaikat maut hampir menjemputku...


selamat pagi semua
harap pagi ni semua kawan2 bloger sihat
alhamdulilah pagi ni aku masih lagi terjaga dipagi hari
dan masih lagi di beri peluang 1hari lagi utk hidup di muka bumi ALLAH S.W.T
Alhamdulilah...
peluang yang belum tentu akan di beri esok hari
aku bukan nak citer pasal ceramah agama lak pagi2 ni
aku nak cerita pasal malaikat maut yang hanpir mjemputku kembali pada PENCIPTAKU...
ya...kejadian ni sedikit memberi keinsafan pada diriku
yg slalu lalai
dgn suruhanNYA..
tambah2 sibuk dgn pelbagai keja kebelakangan ni
mati tu PASTI!
cuma waktunya kita lum tahu
ok lah tu...pjg dah mukadimah tu hahahahah...(leh lagi gelak aku ni..cis)
utk renungan bersama...
marilah aku citerkan apa yang berlaku
sabtu yang lalu
aku terjaga awal dlm kul4.30 sebab sakit perut
apa kenalah yang aku makan sampai perut sakit pun tak tau lah
tak kisah la tu
sebab dah terjaga awal sgt aku rasa sempat la aku tidur seround 2 sebelum subuh
so tidurlah aku dgn lenanya
adatlah..kalu dah tidur balik tu mmg hampeh la nak terjaga subuh(sila maki aku)
bukan aku sengaja tapi mmg aku tak sedar langsung
lagi pun tak ada sapa kat umah aku nak tolong kejutkan
so sedar2 dah kul8.30..
alamak...kena bsiap awal ni sebab nak gi uitm ada keja nak kena settle
so berlari2 lah aku terkejar2 waktu
dlm ati rasa sedikit ralat sebab terlepas subuh tapi manusia dgn bisikan setan
nak sedapkan ati 'zohor nanti aku qada lah'
hampeh...!
so aku lupakan pasal qada solat subuh tu...teruskan hidup dgn happy+stress
settle keja kat uitm dah lewat...dekat nak masuk magrib..
ya ALLAH sempat ke aku nak sampai umah zura tumpang solat ni?
bisik ati aku dlm ati...
setan skali lagi mgoda anak cucu adam..."sempat punya lah...umah zura dgn uitm 15minit je...leh tumpang solat magrib skali kat situ'
*alkisahnya kwn aku wat closehouse utk aku n kwn2 terdekat je*
aku pun drive dgn lajunya ke federal hway utk ke pj..
skali lagi ALLAH tujukkan kuasanya
jalam jem gila..
hampeh utk kali 2...
skali lagi waktu solat aku burn...
(sila maki lebih kuat utk kali ke 2)
dan setan masih lagi setia menemani anak cucu adam yg imannya senipis kulit bawang ni..
"nak wat mcm mana,keadaan darurat..."
acecece...pandai la pulak bagi alasan~setan mbisikan kata2 1001 alasan
sampai je umah zura mmg dah lewat..
makan2 cepat sebab nak balik putrajaya balik
esok pagi ada kelas dr pagi~ptg
dlm keadaan yg dah lewat+badan penat+nak kejar masa
drive lah aku dgn keta comel aku tu ke putrajaya(malas nak balik umah kat pj sebab buku byk sgt)
dr jauh aku nampak trafitlight kaler hijau
so aku lajukanlah keta aku utk sempat mgejar lampu kaler hijau yg wat pemamdu malaysia tersenyum riang bila nampak dia myala..
sumpah aku pun specis pmandu malaysia juga..
nak cepat..
bykkan dlm kelajuaan hampir 80km/j di jln bandaran,tiba2 tak semena2 ada sebijik keta kancil mlintas depan korang
jarak hanya tak sampai 10meter!!!!!!!!!
apa korang akan lakukan?
A)tekan brek kuat2?
b) langgar je
c) pulas streng ke tepi?

jgn korg ckp apalah kalu korg dah dlm keadaan genting tu...dgn keta belakang jugak laju sama dgn korg..
kalu korg brek pun maybe keta blkg korg langgar bontot korg jugak
so tak guna jugakkan
kalu korg langgar,korg maybe mati sama dgn keta yg mlintas tu...
so?
aku tak tau la kalu korg punyai byk pegalaman memandu..
bg aku yg baru tak sampai 10thn dpt lesen ni
yg aku mampu lakukan hanya tekan brek sambil pejam mata...
masa aku pejam mata tu aku terbayang hanya MATI!
dan aku teringat solat aku yang burn
YA ALLAH...byknya dosa aku
mak ayah aku bagaimana kalu aku mati
sapa nak ambik mayat aku kat atas jalan ni nanti
ada ke org call kakak aku nanti(jln tu dekat dgn umah aku je-pj)
mcm mana alam kat kubur tu nanti
ahhhggghhh...semua terpikir dlm satu masa!!!
aku tak ada pilihan...brek+langgar je
dan ALLAH masih mau aku terus hidup
utk manjadi hambanya yang lebih baik
yang lebih menghargai setia detik dlm hidupnya
di saat keta aku hampir mcium ketanya,keta tu menekan laju2 pedal minyak ke depan jalan yang dia nak masuk tu
alhamdulilah...
terlepas 1 kemalangan yang kalu berlaku pastinya akan ku jamin msuk muka depan metro...
dan aku?
hanya mampu menangis dalam keta sampai aku sampai putrajaya...
kesan?
trouma pastinya,tapi aku lebih hargai hidup aku yang bisa ALLAH tarik nyawa aku bila2 yang DIA mau...
inayallah aku akan cuba manjadi hambanya yang lebih beriman lepas ni
amin...
korang pun aku doakan sentiasa dibawah lindungNYA...AMIN...

P/S:aku hanya manusia yang selalu leka n lalai...kalu korg rasa korang manusia perfect sila la maki aku atas kesilapan semua itu...

Wednesday, September 22, 2010

kenapa dia ganggu tidur malam ku?


sebenarnya kejadian ni dah lama berlaku
tp aku ingat tak serius
maybe utk shari dua je
maybe dia sunyi waktu tu
maybe dia sengaja nak mgacau
or
maybe dia nak menduga hati sahabat dia ni..
tp
dah masuk sebulan dah
hampir tiap malam tidur malam ku di ganggu
dengan msg yg di send ke hp aku
dgn msg yg sama(1patah pkataan je)
waktu yg hampir sama(2pg-4pg)
buat aku terfikir
mau apakah dari aku?
perhatian?
aghh....aku kan sahabatnya sahaja
kan lagu bagus di msg ke hp aweknya saja
lagi bermakna kan..?
tp knp aku?
pernah aku suarakan rasa risau ku kalu2 aweknya tahu
balasnya"aku buang je lah hp ni,xleh msg sape2 dah"
aku terkedu...aku terkelu
aduh....hati kwn...aku kena jaga jugak kan
sudahnya
hingga detik smlm
msgnya tak sunyi dan tak jemu mgunjungi hp ku
dan aku dah terbiasa pulak
terjaga setiap kali msg dia masuk(kalu org lain haram aku nak tjaga)
sampai bila akan berakhir?
entah...maybe lepas dia jumpa sesorg
yg leh buat tidur malamnya lena tanpa perlu send msg ke hp ku lagi
doa aku?
moga dia KAWIN SEGERA
HAHAAHAA...

P/S: apa yg perlu aku lakukan?dan apa yg dia nak dr aku yek?adeh....


syukur(kau yang satu)

Syukur [Kau Yang Satu] - One Nation Emcees Lirik

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Amana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan tersu cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlamabat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata

Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..

Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derail airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Chorus

Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu

Ampuni segala dosa dosaku

Monday, September 20, 2010

aku pening,aku serabut!!!!


tak tau nak cakap apa
yang aku tau aku tgh pening!
aku tgh serabut!
byknya keja nak kena buat
sempat ke?
waawawawawa..
tension!!!!!!

Sunday, September 19, 2010

beraya sakan versi apa ni??

hahahaha...
rasanya tahun ni pecah record kot
aku pakai baju kurung utk hari raya rasanya tak sampai pun 2jam
pastu aku dah salin pakai baju biasa
nilah penangan baju raya tak ada
pastu gi beraya kat umah org pun pakai seluar jean je
opsss...bukan raya pertama lah..
raya ke 3 baru aku berjalan2 ke rumah kwn
tu pun 3bijik umah je
2umah wajib tiap tahun aku pi
iaitu umah pn zura n cik noni
so family dia tak lah tergegil bijik mata tgk kwn anak dia mai umah dgn seluar jean je
heheheehe..
raya pertama?
oh lepas sesi salam2 n makan...
saya lepak tgk tv
mak n adik beradik yg lain kuar pi balik ijok
tp saya malas
petang saya wat assigment
sampai terlena..(sebenarnya kes majuk la ni)
hehehehe...
raya ke dua?
wah...sakan raya ke dua aku ni
sebab bosan duk umah tunggu org dtg
aku angkut anak buah jln2 kat taiping
makan2 mcd,pusing taiping sentral
yg tak leh blah leh lak kami wat ziarah berjemaah kat muzium taiping
muahahaah...
tapi tak sangka ramai jugak org kat muzium tu
yolah muzium skrg pun dah cantik n sgt2 lah best

di depan pelamin diraja perak


bersama anak buah...wah sama tinggi dgn makcik dia je dah ni heheehe


kami yg sengal dihari raya





kami makan2 sampai kenyang..(thank coz buat acik korg ni sengkek hehehe)


sebenarnya lepas kami ziarah muzium anak buah aku ajak gi masuk zoo pulak
tp kerana ada kwn aku yg nak dtg umah
kena la balik dgn kadar sgera
kalu tak mau kami masuk zoo tgk beruk,harimau dan mak bagai lagi
adeh...apa la sengal sgt makcik dia ni
raya2 org gi beraya kat umah org
aku lak wat sengal dgn anak buah
hahahaha...
tp kami happy je
kami suka
dpt lepak2 sama2
bila lagi kan..
janji makna raya tu tetap dirasai...:-)

p/s:nanti kalu ada masa aku nak upload pic bakar lemang kitaorg yg nyaris lemang tu hancus dikeja kan oleh abg aku yg cuai heheheeheh


Wednesday, September 15, 2010

hari raya dah blalu...so after this??

hari raya ke enam baru den ada masa nak buka tenet
usha2 sikit apa yang blaku kat blog ni
ni pun pinjam laptop adik den
sebab nak taip assigment
kalu tak mmg kena tunggu naik keja minggu depan lah baru leh den usha blog yg dah lama tak update ni....:-)
raya dah berlalu
duit pun dah byk abis
bagi mak
bagi abah
bagi anak buah
bagi anak org
semua lah....
so lepas ni kita nak wat apa lak?
keja?
alah tak kan keja ja?
sgt bosan kot
wat keja sekolah?
adeh....tu mmg wajib la sebab final exam pun tak lama lagi
keja sekolah pun byk
tp slain tu?
nak wat apa yek?
hurm.....open house?
bagus jugak tu
hahahahah....:-0
p/s:tahun ni saya tak buat open house ya sebab sgt bz tp sy tak bz ke open house mana2 yg jemput sy hahahah

Monday, September 6, 2010

aku.chapter,kamu's contest



sebelum balik kpg saya teringin nak join contest ni
kalu korg nak join leh la ke
http://armani-lly.blogspot.com/
tarikh tutup:11/9/2010

saya tgh makan bihun sup presint8

cadangan makanan plg meletop:bihun sup
lokasi yang memuaskan ati semua pihak:foodcourt presint8 putrajaya

saya cadangkan makanan yang paling best nak makan2 serta murah adalah
BIHUN SUP PRESINT 8
mmg rugi la sapa yang duk jauh tu
sebab sekali korg cuba mmg terangkat serta teringat kat sup dialah
(kalu teringat kat abg yang jual tu pun ok jugak)
dulu saya mmg tak suka makan bihun sup or apa2 je yang berkaitan dgn sup
entah kenapa..
tapi sejak mcuba bihun sup ni mmg saya jd pengujung tetap sampai abg kedai tu kenal saya dah
kuah sup dia mmg pekat dan terasa aroma daging yang di rebus bersama
cukup rasa
cukup rempah ratusnya
lagi satu bihun dia sangatlah lembut
tak terlalu keras dan tak terlalu hancur
sesedap mengunyahnya
bihun sup ni tak kosong tau
disertakan sekali dgn hirisan daging atau ayam mengikut kehendakkan korg
hirisan dagingnya sgt2 lah lembut
rasanya mcm daging salai
bila bcampur dgn sup mmg mjadi gabungannya
di sertakan sekali dgn cili merah
utk korg yg suka pedas boleh letak skali dgn kicap cili
istimewanya kicap cili kat kedai ni mmg mempunyai adunan rahsia
dia tak terlalu pedas dan tak terlalu masin
ada rasa manis2 sikit
owh ya kalu korg tak suka bihun korg leh tukar dgn kuew tiuw or mee kuning
pendek kata semuanya terpulang pada citerasa korg
abg tu iyakan je apa permintaan korg dgn senyuman menawan
lupa pulak nak bagai tau
selain bihun sup kat kedai ni jugak turut mjual bubur nasi dan kuih+kuah kacang
harga?
jangan bimbang
dgn hanya bermodalkan rm10
korg leh makan utk 2org
jimat kan?
so what u waiting for?
terjah lah lepas raya ni sebab bulan posa kedai ini tidak beroperasi

ok saya nak tag kwn saya yg suka mkn
mummy angle
zati


owh...skali lagi lupa
nama kedai tu ialah kedai sukaramai(tgk nama kedai pun masyuk tau)
kat fourt court presint8
terbaik dr putrajaya
:-)

detik demi detik aku kira

tak sabarnya nak balik kpg mlm ni
keja dah settle
hati lapang 1/2 je
sebab dlm otak asyik pikir laptop yang lum siap
lum siap di baiki bermakna assigment pun lum siap lah
tp wat2 mcm siap lah
haahahaha..
apa yang penting adalah raya
yg lain tolak tepi dulu
saya akan pulang beraya tahun ni di PERAK(baget ayat ada umah mak mertua je)
so sapa2 nak duit raya leh singgah umah saya kat taiping
segala pemberian duit raya akan di lakukan hanya di taiping je
no more k.lumpur or putrajaya
hahaahah...(baget tahun ni sikit)
ok lah malas nak tulis apa2 lagi
doakan saya selamat smpai lewat pagi nanti sebab saya akan drive mlm
:-)
mak.....tgu teman sampai yek

bukti iklan tv3 myesatkan umat islam



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism



Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan





Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


p/s:kalu korg nak tgk lebih lanjut korg leh la search kat youtube...aku tak larat nak copy n paste dah heheheh....

Sunday, September 5, 2010

hati terbang melayang :-)



hari ni aku keja lagi
esok pun aku keja lagi
tp hati aku dah tak ada kat opis ni
wat keja pun alahai mcm apa entah
janji abis n siap je
dlm otak,dlm ati dah sampai kpg ku kat taiping nun
sabar lah hati esok mlm je
pastu aku dah leh berjimba2 dgn family aku kat kpg
smlm mak call
kata raya ni nak bakar lemang sendiri
tersedak aku dgr
hahahaha...
seingat aku masa aku belum pindah ke kpg skrg mmg kami bakar lemang sendiri
tapi sejak kat umah skrg slalu kami tempah kat org atau beli yang siap dah je
senang!
tp apa mimpi abah nak bakar lemang tahun ni
aduh...boleh ke ni?
jgn lemang terbakar sudeh la
hahahaha



bayangkan aku pindah ke kpg skrg masa tu umur aku 5tahun
so dah 22thn aku tak melihat secara real cara bakar lemang
dan di umur yang dah tua ni
abah nak kerah kami bakar lemang
wah....excited jugak aku dgr
leh ambik pic byk2
memori n sejarah ni
kah kah kah
korg tgk je lah nanti apa jd dgn lemang tu

kalu korg perasan blog aku ni selama hampir 1bln
jarang sgt bcerita pasal raya
atau psiapan raya
jauh skali menulis pasal juadah berbuka
bukan apa
tak ada yang istimewanya aku dgn semua tu
semuanya sederhana
berbuka pun kat umah je(aku masak lak tu)
leh bilang dgn jari aku berbuka kat luar
so apa yang aku nak snap n expose kat korg
heheheeh
nak tulis pasal baju raya mak bagai pun
aku tak ada
smlm aku baru kalut jahit MANIK!
omg...harap sempat la siap
hhehehee

apa2 pun aku nak ucapkan

kalu yang ada lalu area taping tu jemput lah singgah umah saya ya
saya akan beraya di kpg dr 8/9-19/9
lama tak?
hehehehehe...:-)

aku sangat happy!!!

dalam mood keja yang makin pudar
dalam hati yang dah terbang melayang ke kampung
aku dpt berita gembira
alahai
aku LULUS EXAM BITK
hahaahaha...
exam ni mmg sukar sebenarnya
dan tak ramai yang lulus
aku pun dah ambik 3kali
dan utk kali ketiga ni
aku LULUS
rezeki raya alhamdulilah
sengih sampai ke telinga


TARIKH
KEPUTUSAN
16/06/2010
LULUS

mgigil aku print result ni td
tak sangka sebenarnya leh lulus...
dan yg paling happy dpt bad debted la aku nanti
:-)

Friday, September 3, 2010

jgn mintak duit raya wahai laptop ku



org lain duk kalut cari tudung raya
baju raya
cadar raya
kasut raya
semua lah pasal raya
aku duk kalut pikir laptop aku masuk klinik la pulak
alahai...jgn la ko mintak byk sgt duit raya wahai laptop ku syg
sian lah kat tuan mu yg sengkek sebelum raya ni
tp pls la sihat lah cepat
agar dpt berkhidmat dgn cemerlang kat tuan mu yg kiut miut ni
sian kat dia
dia nak wat assigment tak leh
nak main fb malam2 pun tak leh
nak update blog pun tak leh
kalu tak sihat jugak sebelum 8/9 ni
alamatnya tuan mu ni akan demam rindu la
12hari kat kpg tanpa internet?
gila moroyan kot muahahaahah
:-)


rindunya nak pegang balik laptop ni...:-(

Thursday, September 2, 2010

gereja GAY pertama di malaysia



apa nak jadi lah dgn malaysia ni
dah ada dah gereja GAY pertama kat malaysia ni
aduh....jgn lepas ni di buat undang2 luluskan perkahwinan gay2 ni semua
leh runtuh intitusi perkahwinan kat malaysia ni

saya petik sedikit petikan pasal geraja gay ni kat kosmo:

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.

Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

bila saya hilang sabar



bila saya hilang sabar
mula lah saya buat benda bukan2
tolonglah jangan terlalu mguji kesabaran saya
sekali dua maybe leh lagi terima
tapi bila benda yang sama berulang2
saya mula nak naik angin
kalu dulu sayang
skrg benci kot
sampai saya terpaksa block sesorg kat fb saya td
saya rimas
saya bosan
saya benci!
saya rasa di pergunakan
tak tau la sampai bila saya nak block dia
maybe 1hari
2hari
1minggu
2minggu
1bln
2bln
entah
ikut pada emosi saya
ikut pada kepentingan dia dlm hidup saya
(kalu dia sedar dia di block n pujuk saya maybe akan mpercepatkan lagi heheheeh)
tp buat masa skrg biarlah dulu
biar marah+kecewa saya reda lu
hurm....


Wednesday, September 1, 2010

Giveaway Blog About This



SimplyStyle Shop nak bagi shawls free kat pemenang bertuah.
so saya nak join
kalu korg nak join jugak sila lah klik kat SINI
GIVEAWAY ni akan tamat pada 3/9/2010


Best Birthday Celebration Contest



sebab besday saya baru je lepas(30/8) yang lalu
tiba2 terasa nak join contest ni pulak
so kalu korg ada pic celeberate besday yang best2 leh la join.
kalu nak join sila klik SINI
tarikh tutup pada 16/9/2010
so byk masa lagi kan
heheheh

sebenarnya saya bukan ada pun pic yng meletop2
tapi gatai jugak nak masuk
sebab saya nak dpt duit raya(oh pls bg saya sebab dah 7 thn tak dpt duit raya)
nilah pic yg saya pertaruhkan
jeng jeng jeng




ok nak citer sikit pasal pic ni
lokasi:presint 8,putrajaya(umah saya la tu)
masa:waktu berbuka puasa(30/8)
sebenarnya saya tak tahu pun budak umah saya nak celebrete besday saya aritu
dia hanya ckp yg mlm tu dia akan ajak kwn2 opis dia dtg berbuka kat umah
so saya pun tak fikir yang dia ada suprised planning
cuma saya byk kali jugak tanya dia sapa nak masak(oh budk umah sy jrg masak)
dia kata jgn risau semua dia yg handle
saya pun biarlah.
balik dr opis saya tengok ex housemate saya dtg
agak terkejut sgt tp tak terfikir lagi
lepas berbuka beramai2 dgn meriahnya
barulah housemate saya kuarkan kek besday utk saya
wah...sgt terharu
wlaupun simple majlis tu
tp sgt terharu sebab dia sanggup bersusah payah sediakan juadah berbuka
semata2 nak sambut besday saya
owh...sambutan besday saya ni adalah utk yg ke 27thn
wah sgt tuanya...
ahaks...
apa2 pun saya happy je
bertambah happy bila ada yg sudi ingat n wish utk saya
tp kalu ada hadiah lagi best kot heheeheh

kami bukan budak malas!


tekunnya mak n bapak org ni study


kami bukan budak malas ok!
kami pun berusaha utk bjaya jugak mcm budak fulltime
malah lebih lagi
malah result kami pun sama gempak dgn budak fulltime(aku punya biasa2 je heheeeh)
slalu sgt saya dgr org ckp budak pjj senang nak lulus exam
senang nak dpt markah kasihan dr lecture
hakikatnya-kami berusaha bagai nak gila
bayangkan 1 sem kami hanya ada 5kali kelas je
nak cover semua chapter tu
azabnya!
1kelas kdg2 lecture leh bantai sampai 6topic dia abiskan
kalu subject mbaca maybe balik umah leh la baca balik
tapi kalu subject mgira(ya..aku budak finance)
mau mraba dlm kegelapan lah
kwn2 pulak bukannya duk 1 umah or
seberang jalan
nun kat johor,kat terengganu
azabnya..!
tapi kami budak pjj tabahkan ati
so utk budak2 fulltime tak payah la nak kata kami mcm2
kami bukan budak malas
kami terlebih rajin kot
hehehehe
kalu kami tak rajin kami tak sambung study lah
duk je keja elok2 kat opis abis citer
:-)